Direktori — NEC
Carian Terkini
Kod Tajuk
0923
Kaunseling dan Kerja Sosial
Kaunseling dan kerja sosial adalah pengajian mengenai kebajikan masyarakat, kumpulan dan individu tertentu serta kaedah yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan mereka. Fokus kebajikan sosial adalah dengan memberi penekanan kepada amalan dan polisi sosial.
0929
Kebajikan yang Tidak Dikelaskan Di Mana-Mana
0988
Program dan Kelayakan Antara Disiplin Yang Melibatkan Kesihatan dan Kebajikan
Program dan kelayakan antara-disiplin yang mana masa pembelajaran paling banyak diperuntukan kepada kesihatan dan kebajikan adalah dikelaskan di dalam bidang perincian ini.
0999
Kebajikan dan Kesihatan Yang Tidak Dikelaskan Di Mana-Mana
1000
Perkhidmatan yang Tidak Ditentukan Lebih Lanjut
1011
Perkhidmatan Domestik
Perkhidmatan domestik adalah bidang pengajian mengenai pelbagai perkhidmatan domestik seperti pengemasan, pembersihan, pencucian, jahitan dan sebagainya.
1012
Perkhidmatan Dandanan Rambut dan Kecantikan
Perkhidmatan dandanan rambut dan kecantikan adalah bidang pengajian mengenai penjagaan rambut dan diri bagi tujuan kecantikan
1013
Hotel, Restoran dan Katering
Hotel, restoran dan katering adalah bidang pengajian mengenai penyediaan makanan, minuman, penginapan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan hotel, restoran dan sebagainya.
1014
Sukan
Sukan adalah bidang pengajian mengenai teknik dan kemahiran di dalam sukan yang dipilih.
1015
Pengembaraan, pelancongan dan aktiviti senggang
Pengembaraan dan pelancongan adalah bidang pengajian mengenai pemasaran dan pengiklanan destinasi serta aktiviti pelancong. Ini termasuk pengajian praktistempahan dan tiket. Aktiviti senggang adalah bidang pengajian mengenai rekreasi dan aktiviti liburan seseorang individu atau kumpulan.
1016
Perkhidmatan Personal yang Tidak Dikelaskan Di Mana-Mana
1021
Sanitasi Komuniti
Sanitasi komuniti adalah bidang pengajian mengenai perkhidmatan komuniti terhadap sesuatu yang memberi kesan kepada kesihatan awam seperti piawaian kesihatan makanan, bekalan air, pelupusan kumbahan dan sampah serta pembersihan jalan raya.
1022
Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
Kesihatan dan keselamatan pekerjaan adalah bidang pengajian mengenai pengiktirafan, penilaian dan faktor kawalan persekitaran di tempat kerja.
1029
Perkhidmatan Kebersihan Dan Kesihatan Pekerjaan Yang Tidak Dikelaskan Di Mana-Mana
1031
Ketenteraan dan Pertahanan
Ketenteraan dan pertahanan adalah bidang pengajian mengenai perkhidmatan kepada komuniti yang berhubung kait dengan peperangan dan pertahanan, direka untuk menyediakan latihan prinsipal dan amalan di dalam sains ketenteraan.
1032
Perlindungan Orang dan Harta Benda
Perlindungan orang dan harta benda adalah bidang pengajian mengenai perkhidmatan kepada komuniti berhubung perlindungan diri dan harta benda. Ia merangkumi latihan kepolisan, keselamatan awam, perlindungan dan memadam kebakaran.
1039
Perkhidmatan Keselamatan yang Tidak Dikelaskan Di Mana-Mana
1041
Perkhidmatan Pengangkutan
Pengangkutan adalah bidang pengajian mengenai pengoperasian, pemanduan arah dan pengarahan kapal, kereta api, pesawat dan lain-lain pengangkutan.
1088
Program dan Kelayakan Antara Disiplin Yang Melibatkan Perkhidmatan
Program dan kelayakan antara-disiplin yang mana masa pembelajaran paling banyak diperuntukan kepada perkhidmatan adalah dikelaskan di dalam bidang perincian ini.
1099
Perkhidmatan yang Tidak Dikelaskan Di Mana-Mana
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan