Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
4419-04
Pembantu Syariah Gred LS19
Pembantu Syariah Gred LS19 bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan perkeranian di peringkat Kumpulan Sokongan berkaitan pengurusan undang-undang syariah.
4419-05
Bentara Parlimen Gred N11
Bentara Parlimen Gred N11 bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada Ahli Parlimen semasa dewan bersidang, mengedar surat, risalah dan nota-nota serta memantau keselamatan dan disiplin Ahli Parlimen dan pelawat-pelawat di dalam dewan.
4419-06
Pembantu Operasi Gred N11
Pembantu Operasi Gred N11 melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/ dokumen/ saman/ notis serta pemanduan kenderaan.
4419-07
Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.
4419-08
Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19
Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 bertanggungjawab mendaftarkan pencari-pencari kerja, memberi nasihat/ kaunseling tentang peluang pekerjaan, membaharui pendaftaran, menyediakan data-data mengenai kekosongan jawatan pada majikan-majikan yang mendaftar serta menjalankan lawatan kemajuan kepada majikan-majikan/ perusahaan-perusahaan yang baru diluluskan.
4419-10
Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyelaras kursus-kursus, menyemak dan menguruskan tuntutan bayaran, merekod data peserta, penceramah dan fasilitator, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.
4419-11
Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19
Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19 bertanggungjawab membantu melaksanakan aktiviti penyelidikan, tugas operasi berkaitan pemasaran sosial seperti pengiklanan bagi tujuan pendidikan dan keselamatan jalan raya, penerbitan dan penyebaran ilmu, khidmat profesional dan masyarakat.
4419-14
Pembantu Belia dan Sukan Gred S19
Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 bertanggungjawab melaksanakan program-program serta aktiviti berkaitan belia dan sukan di peringkat kementerian/ negeri/ jabatan/ daerah.
4419-16
Pembantu Pegawai Cukai Penganggar
Pembantu Pegawai Cukai Penganggar membantu mendapatkan maklumat kewangan pelanggan untuk menganggarkan pembayaran cukai dan pulangan.
4419-20
Pembantu Operasi Gred 9
Pembantu Operasi Gred 9 melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/ dokumen/ saman/ notis serta pemanduan kenderaan.
4419-21
Pembantu Operasi
Pembantu Operasi memastikan tugas-tugas pentadbiran telah dilaksanakan dan perniagaan berfungsi dengan cekap.<br>&nbsp;
5113-01
Pemandu Pelancong
&nbsp;Pemandu Pelancong membantu individu atau kumpulan semasa perjalanan atau lawatan persiaran atau di tempat-tempat menarik pelancong, seperti muzium, kemudahan seni, monumen dan tempat awam. Mereka membantu orang ramai untuk mentafsir warisan budaya dan semula jadi sesuatu objek, tempat atau kawasan dan memberikan maklumat dan panduan dalam bahasa pilihan mereka.
5113-06
Pengiring Lawatan
Pengiring Lawatan memandu arah perjalanan individu atau kumpulan dalam rombongan melancong, menerangkan tempat yang menarik, dan menyediakan perkhidmatan yang lain.
5121-01
Tukang Masak
Tukang Masak merancang, mengatur, menyediakan dan memasak makanan di hotel, restoran dan tempat makan awam lain, di atas kapal, kereta api penumpang, isi rumah persendirian dan institusi atau pertubuhan lain.
5121-10
Pembantu Kulinari
Pembantu Kulinari merancang, mengatur, menyediakan dan memasak makanan mengikut resepi atau di bawah pengawasan jurumasak.
5121-11
Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 Bertanggungjawab memilih, mengasingkan dan menerima makanan basah/ mentah dan kering mengikut arahan pegawai yang menerima bekalan makanan daripada pembekal. Menyimpan makanan dalam stor, chiller dan freezer mengikut tatacara penyimpanan serta melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan.
5121-12
Ketua Tukang Masak
Ketua Tukang Masak, merancang, mengatur, menyediakan dan memasak makanan mengikut resepi atau di bawah pengawasan jurumasak.
5131-04
Penyelia Makanan dan Minuman
Penyelia Makanan dan Minuman menyelia pekerja menghidangkan makanan dan minuman di tempat makan dan minum seperti di kelab, institusi dan kantin, di atas kapal, dan di dalam kereta api penumpang.
5131-05
Penyelia Outlet
Penyelia Outlet memantau operasi harian kedai atau kedai runcit, memastikan aliran kerja yang cekap, perkhidmatan pelanggan yang luar biasa dan pematuhan kepada dasar dan prosedur syarikat.
5131-06
Penyelia Restoran
Penyelia Restoran bertanggungjawab untuk mengawasi operasi harian restoran, memastikan standard perkhidmatan yang tinggi, kualiti makanan dan kepuasan pelanggan.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan