Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
5231-01
Juruwang
Juruwang mengendalikan daftar tunai, menerima bayaran daripada pelanggan, mengeluarkan resit dan perubahan pemulangan yang perlu dibayar.
5231-12
Kerani Pengeluaran Tiket (Kecuali Perjalanan)
Kerani Pengeluaran Tiket (Kecuali Perjalanan) menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan, menjual tiket dan menyesuaikan tawaran tempahan dengan keperluan pelanggan. Mereka menjual tiket untuk semua acara seperti aktiviti sukan, kebudayaan dan masa lapang. Mereka menyediakan pelanggan dengan maklumat mengenai tawaran dan membuat pengaturan yang diperlukan.<br>&nbsp;
5231-19
Juruwang Gred K2
Juruwang Gred K2 menerima wang secara terus daripada pelanggan bagi barangan atau perkhidmatan yang dibeli di pertubuhan seperti di kedai dan kaunter tiket atau pertubuhan yang seumpamanya.
5243-01
Jurujual Jualan Langsung
Jurujual Jualan Langsung menjual barangan dan perkhidmatan dan mendapatkan perniagaan bagi pertubuhan dengan mendekati atau melawat pelanggan yang berpotensi, biasanya penduduk di rumah-rumah persendirian, dengan pergi dari pintu ke pintu.
5243-02
Jurujual Pintu-ke-Pintu
Jurujual Pintu-ke-Pintu menerangkan, menunjukkan dan menjual barangan dan perkhidmatan serta meminta perniagaan untuk pertubuhan dengan mendekati atau melawat bakal pelanggan, biasanya penduduk di rumah persendirian, dengan pergi dari pintu ke pintu.
5245-01
Atendan Stesen Petrol
Atendan Stesen Petrol menjual petrol, pelincir dan lain-lain produk automotif dan menyediakan perkhidmatan seperti mengisi petrol, pembersihan, pelinciran dan menjalankan pembaikan yang mudah bagi kenderaan bermotor.
5249-01
Jurujual Sewa
Jurujual Sewa menerima pesanan, secara amnya secara peribadi, untuk pembaikan, sewa, dan perkhidmatan. Boleh menerangkan pilihan yang ada, mengira kos dan menerima pembayaran.
5312-01
Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
Pembantu Pengurusan Murid Gred N19 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas prasekolah, mengasuh murid-murid di asrama sekolah pendidikan khas dan asrama desa di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
5312-06
Pekerja Tadika
Pekerja Tadika melaksanakan tugas bukan mengajar untuk membantu guru, dan menyediakan penjagaan dan penyeliaan untuk kanak-kanak di sekolah-sekolah dan pra-sekolah.
5321-03
Pembantu Perawatan
Pembantu Perawatan menyediakan penjagaan peribadi dan bantuan dalam aktiviti harian pesakit dan penduduk dalam pelbagai persekitaran penjagaan kesihatan seperti di hospital, klinik, kediaman dan pusat kemudahan penjagaan kejururawatan.
5321-10
Pembantu Penjagaan Pesakit
Pembantu Penjagaan Pesakit menyediakan penjagaan peribadi dan bantuan dalam aktiviti harian pesakit dan penduduk dalam pelbagai persekitaran penjagaan kesihatan seperti di hospital, klinik, kediaman dan pusat kemudahan penjagaan kejururawatan.
5321-12
Pembantu Peti Kecemasan
Pembantu Peti Kecemasan memeriksa dan merawat kecederaan kecil di tempat kerja dalam tahap dan skop latihan pertolongan cemas serta memberikan pemerhatian yang sewajarnye pada kecederaan yang serius sehingga kakitangan perubatan yang berkelayakan dapat dihubungi.
5411-01
Pegawai Bomba Gred KB19
Pegawai Bomba Gred KB19 Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan, penyelenggaraan harian dan pemanduan jentera bomba serta melaksanakan kerja-kerja pengawasan di bilik kawalan dan pemeriksaan premis.
5411-03
Pegawai Pencegahan Kebakaran
Pegawai Pencegahan Kebakaran mencegah dan memadamkan kebakaran, menyelamatkan orang, harta benda dan menjalankan usaha menyelamat.
5413-01
Pegawai Penjara Gred KA19
Pegawai Penjara Gred KA19 Bertanggungjawab mengawal banduan (orang tahanan/ juvana) melibatkan keselamatan fizikal dan pengurusan termasuk tugas-tugas pemulihan dan kawalan semasa banduan menjalani rawatan di hospital atau menghadiri perbicaraan di mahkamah.
5419-24
Pembantu Eksekutif (Penguatkuasaan) Gred L11
Pembantu Eksekutif (Penguatkuasaan) Gred L11 Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan.
5419-25
Pembantu Pegawai Pelesenan
Pembantu Pegawai Pelesenan membantu memeriksa permohonan lesen untuk eksport atau import barangan, penubuhan perniagaan, pembinaan rumah-rumah atau struktur lain, atau menentukan kelayakan permohonan untuk mengeluarkan lesen atau pasport, dan mengenal pasti keadaan tertentu atau sekatan yang boleh dilampirkan kepada lesen yang dikeluarkan.
5419-29
Pembantu Pendaftaran Gred KP19
Pembantu Pendaftaran Gred KP19 melaksanakan dan menerangkan prosedur peraturan, dan undang-undang yang berkaitan
6111-11
Pesawah Padi
Pesawah Padi merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk menanam dan menuai padi untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
6111-12
Konduktor Lapangan dan Kilang Getah
Konduktor Lapangan dan Kilang Getah menyelia pekerja-pekerja dan tugas-tugas yang dilakukan di estet seperti penuaian, pemunggahan serta pengangkutan getah mentah, pembaikan jalan, penurapan, penanaman semula dan lain- lain tugas yang diarahkan oleh Pengawal Perladangan.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan