Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
1112-10
Akauntan Negara
Akauntan Negara menasihati kerajaan tentang hal ehwal dasar pengurusan perakaunan dan kewangan negara.
2141-59
Juruaudit Tenaga
Juruaudit Tenagamemainkan peranan penting dalam menilai dan menganalisis penggunaan dan kecekapan tenaga dalam pelbagai bangunan dan kemudahan. Mereka bertanggungjawab untuk menjalankan audit tenaga yang komprehensif, mengenal pasti kawasan sisa tenaga dan membuat cadangan untuk penambahbaikan untuk meningkatkan kecekapan tenaga.
3122-18
Penyelia Pengeluaran, Pengilangan Makanan Halal
Penyelia Pengeluaran, Pengilangan Makanan Halal mengawasi, mengawal dan menyelaraskan aktiviti pekerja yang terlibat dalam industri pengeluaran makanan Halal dalam penyediaan bahan, pemprosesan, pembungkusan sehingga operasi penyimpanan.
3122-19
Penyelia Jaminan Kualiti, Pengilangan Makanan Halal
Penyelia Jaminan Kualiti, Pengilangan Makanan Halal membantu dalam melaksanakan dan menyelaraskan semua aktiviti pengeluaran makanan Halal dan bertanggungjawab terhadap fungsi kualiti syarikat.
3122-28
Penyelia, Rumah Sembelihan Halal
Penyelia, Rumah Sembelihan Halal bertanggungjawab mengawai penyembelihan, pengubahan kulit dan pengkarkasan (lapah) ternakan, kambing dan unggas untuk keselamatan dan kecekapan rumah penyembelih mengikut Syariah. Seorang penyelia rumah sembelih boleh didapati di pelbagai sektor industri Halal seperti rumah penyembelih ayam atau penyembelih ruminan.
3142-18
Penyelia Pengeluaran Ternakan Halal
Penyelia Pengeluaran Ternakan Halal bertanggungjawab dalam keselamatan dan kecekapan pengeluaran ternakan atau operasi ladang. Mereka menentukan jumlah mesin dan jumlah pekerja yang diperlukan, juga merekod data dan membuat laporan mengenai kehadiran pekerja, anggaran, bekalan dan perkembangan haiwan. Mereka boleh mengkhususkan diri dalam satu jenis ladang pada haiwan Halal seperti ruminan (lembu sapi, kambing, domba) dan jenis unggas (ayam, itik dan burung).
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan