Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29
Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29 bertanggungjawab melaksanakan program kerja pengurusan rancangan, menyelia, mengawasi, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti untuk urusan kebun, meliputi aktiviti kebersihan ladang, pembajaan, kawalan makhluk perosak tanaman dan penghasilan kebun getah dan sawit, merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan aktiviti pentadbiran dan pembangunan masyarakat.