Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
2165-01
Jurugeospatial Gred J41
Jurugeospatial Gred J41 bertanggungjawab dalam penyediaan reka bentuk peta elektronik, peta tematik serta peta topografi terhad dan tidak terhad yang diperlukan oleh kerajaan dan awam bagi tujuan pertahanan, pembangunan negara, pengurusan sumber, pendidikan dan pentadbiran.
2165-02
Juruukur Gred J41
Juruukur Gred J41 bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja ukur iaitu ukuran tarabas kawalan piawai, ukuran kawalan, ukuran dinding duatuan, ukuran pengambilan balik tanah, ukuran kawasan bandar dan luar bandar, ukuran kelas satu dan dua bagi tujuan pengeluaran hak milik, ukuran gelanggang sukan, ukuran siasatan kejituan. Mereka memberi latihan, menyediakan laporan dan penyata kerja pasukan kerja dan lain-lain tugas pentadbiran yang berkaitan dengan Jabatan.
2165-07
Juruukur
Juruukur membuat ukuran yang tepat dan tentukan sempadan harta benda. Sediakan data yang berkaitan dengan bentuk, kontur, graviti, lokasi, ketinggian atau dimensi tanah atau ciri tanah pada atau berhampiran permukaan bumi untuk kejuruteraan, pembuatan peta, perlombongan, penilaian tanah, pembinaan dan tujuan lain.
2171-01
Jurutera Kapal
Jurutera Kapal mengawal dan mengambil bahagian dalam operasi, penyelenggaraan dan pembaikpulihan kelengkapan dan jentera elektrik dan elektronik di atas kapal, atau melaksanakan fungsi sokongan yang berkaitan.
2171-02
Jurutera Marin
Jurutera marin mereka bentuk, membina, menyelenggara dan membaiki rangka kapal, mekanikal, peralatan elektronik dan sistem tambahan seperti enjin, pam, pemanasan, pengudaraan, set penjana. Pekerjaan mereka meliputi semua jenis bot hingga kapal tentera laut, termasuk kapal selam.
2171-05
Arkitek Kapal
Arkitek Kapal mereka bentuk, membina, menyelenggara dan membaiki semua jenis bot daripada kerangaka kapal kepada kapal tentera laut, termasuk kapal selam. Mereka menganalisis struktur terapung dan mengambil kira pelbagai ciri untuk reka bentuk mereka seperti bentuk, struktur, kestabilan, rintangan, akses dan pendorongan badan kapal.
2171-07
Ketua Jurutera (Marin)
Ketua Jurutera (Marin) bertanggungjawab ke atas keseluruhan operasi teknikal kapal termasuk bahagian kejuruteraan, elektrikal dan mekanikal. Mereka adalah ketua seluruh jabatan enjin di atas kapal dan mempunyai tanggungjawab keseluruhan untuk semua operasi teknikal dan peralatan di atas kapal. Ketua jurutera marin bekerjasama dalam keselamatan, kelangsungan hidup dan penjagaan kesihatan di atas kapal dan mematuhi piawaian aplikasi kebangsaan dan antarabangsa.
2172-01
Pegawai Laut Gred AL41
Pegawai Laut Gred AL41 bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal-ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.
2181-01
Eksekutif Perlombongan
Eksekutif Perlombongan menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi, atau mengaplikasikan pengetahuan sedia ada berhubung dengan aktiviti perlombongan seperti mengekstrak batu arang, bijih, batu, tanah liat, dan mineral pejal lain dari bumi.
2183-01
Eksekutif Binaan
Eksekutif Binaan merancang, mengarah, memantau, atau aktiviti yang berkaitan dengan pembinaan dan penyelenggaraan struktur, kemudahan, dan sistem kejuruteraan awam serta mengambil bahagian dalam pembangunan konsep projek pembinaan dan memantau organisasi, penjadualan dan pelaksanaan, mentafsir lakaran dan spesifikasi seni bina serta memantau penggunaan prosedur keselamatan kerja.
2183-05
Sistem Pengurusan Aset Rutin (SPA Eksekutif)
Sistem Pengurusan Aset Rutin (SPAR) Eksekutif menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi, atau mengaplikasikan pengetahuan sedia ada berhubung dengan projek pembinaan.
2212-70
Pakar Kiropodi
Pakar Kiropodi menyediakan penjagaan perubatan dan pembedahan untuk orang yang mempunyai masalah kaki, buku lali dan bahagian bawah kaki. Mereka mendiagnosis penyakit, merawat kecederaan, dan melakukan pembedahan yang melibatkan bahagian bawah kaki.
2413-01
Juruanalisis Kewangan
Juruanalisis Kewangan menjalankan penyelidikan ekonomi dan mendapatkan analisis berharga mengenai perkara kewangan seperti keuntungan, kecairan, kesolvenan dan pengurusan aset. Mereka menyediakan cadangan mengenai hal kewangan untuk proses membuat keputusan. Penganalisis kewangan bekerja di sektor awam dan swasta.
2413-07
Juruanalisis Hutang
Juruanalisis Hutang bertanggungjawab untuk analisis kewangan dan kerja penyelidikan dalam pengurusan kedudukan hutang dan program peminjaman Wilayah. berkaitan dengan pelaburan atau pengurusan kewangan.
2413-10
Penganalisis Ekuiti
Penganalisis Ekuiti menghasilkan laporan penyelidikan, unjuran, dan cadangan mengenai syarikat dan saham.
2413-11
Pegawai Pengurusan Risiko
Pegawai Pengurusan Risiko mmengenal pasti, menilai ancaman dan membuat langkah pencegahan dan memutuskan cara mengelak, mengurangkan atau memindahkan risiko.
2413-13
Pegawai Risiko Operasi
Pegawai Risiko Operasi menganalisis dan mengukur pendedahan kepada kredit dan risiko pasaran yang mengancam aset, kapasiti pendapatan atau keadaan ekonomi sesebuah organisasi.
2413-15
Pemodel Resiko
Pemodel Resiko mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang baik dengan pelbagai teknik pemodelan, seni bina dan reka bentuk pangkalan data, dan analisis kewangan.
2413-18
Penganalisis Laporan Kewangan
Penganalisis Laporan Kewangan melaksanakan analisis kuantitatif maklumat yang mempengaruhi pelaburan di institusi awam dan swasta.
2413-19
Eksekutif Pengurusan Risiko Kredit
Eksekutif Pengurusan Risiko Kredit melaksanakan analisis kuantitatif maklumat yang mempengaruhi pelaburan di institusi awam dan swasta.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan