Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
4416-09
Kerani Probet
Kerani Probet bertanggungjawab untuk menguruskan rekod mahkamah probet. Mereka juga membantu dalam menjadualkan tarikh mahkamah bersidang dan menguruskan semua orang yang masuk ke pejabat mahkamah probet.
4416-10
Pembantu Sumber Manusia
Pembantu Sumber Manusia mengendalikan tugas pentadbiran dan pengurusan sumber manusia harian. Mereka juga membantu pengurus HR dalam urusan pengambilan staf, penyelenggaraan rekod, dan pemprosesan gaji, serta memberikan sokongan perkeranian kepada semua pekerja.
4416-11
Pembantu Pembelajaran dan Pembangunan
Pembantu Pembelajaran dan Pembangunan bertanggungjawab dalam mengeuruskan laporan, meneliti peluang latihan yang berpotensi tinggi serta menganjurkan acara L&D.
4419-01
Pembantu Pakaian
Pembantu Pakaian membantu membuat, memilih dan menjaga pakaian dan kostum yang digunakan dalam produksi teater, filem dan televisyen.
4419-02
Kerani Keselamatan
Kerani Keselamatan bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi keselamatan.
4419-03
Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19
Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19 ertanggungjawab menemuduga pelanggan dan mengambil butiran diri pelanggan untuk membuat catatan penyiasatan dan membuat ujian kemampuan. 
4419-04
Pembantu Syariah Gred LS19
Pembantu Syariah Gred LS19 bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan perkeranian di peringkat Kumpulan Sokongan berkaitan pengurusan undang-undang syariah.
4419-05
Bentara Parlimen Gred N11
Bentara Parlimen Gred N11 bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada Ahli Parlimen semasa dewan bersidang, mengedar surat, risalah dan nota-nota serta memantau keselamatan dan disiplin Ahli Parlimen dan pelawat-pelawat di dalam dewan.
4419-06
Pembantu Operasi Gred N11
Pembantu Operasi Gred N11 melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/ dokumen/ saman/ notis serta pemanduan kenderaan.
4419-07
Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.
4419-08
Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19
Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 bertanggungjawab mendaftarkan pencari-pencari kerja, memberi nasihat/ kaunseling tentang peluang pekerjaan, membaharui pendaftaran, menyediakan data-data mengenai kekosongan jawatan pada majikan-majikan yang mendaftar serta menjalankan lawatan kemajuan kepada majikan-majikan/ perusahaan-perusahaan yang baru diluluskan.
4419-09
Pembantu Penilaian Gred W19
Pembantu Penilaian Gred W19 bertanggungjawab menerima arahan dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran, menjalankan latihan dan penyelidikan, mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas.
4419-10
Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyelaras kursus-kursus, menyemak dan menguruskan tuntutan bayaran, merekod data peserta, penceramah dan fasilitator, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.
4419-11
Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19
Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19 bertanggungjawab membantu melaksanakan aktiviti penyelidikan, tugas operasi berkaitan pemasaran sosial seperti pengiklanan bagi tujuan pendidikan dan keselamatan jalan raya, penerbitan dan penyebaran ilmu, khidmat profesional dan masyarakat.
4419-12
Pembantu Antidadah Gred S19
Pembantu Antidadah Gred S19 bertanggungjawab dalam mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah.
4419-14
Pembantu Belia dan Sukan Gred S19
Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 bertanggungjawab melaksanakan program-program serta aktiviti berkaitan belia dan sukan di peringkat kementerian/ negeri/ jabatan/ daerah.
4419-15
Pembantu Tadbir (Penaksiran) Gred 21
Pembantu Tadbir (Penaksiran) Gred 21 Membantu membuat anggaran nilai harta tanah, dengan mengambil kira faktor seperti susut nilai, kos penggantian, perbandingan nilai harta tanah yang serupa, dan potensi pendapatan.
4419-16
Pembantu Pegawai Cukai Penganggar
Pembantu Pegawai Cukai Penganggar membantu mendapatkan maklumat kewangan pelanggan untuk menganggarkan pembayaran cukai dan pulangan.
4419-17
Pembantu Pegawai Eksais
Pembantu Pegawai Eksais membantu memeriksa pulangan cukai, bil jualan dan dokumen lain untuk menentukan jenis dan jumlah cukai, duti dan lain-lain yuran yang perlu dibayar oleh individu atau perniagaan.
4419-20
Pembantu Operasi Gred 9
Pembantu Operasi Gred 9 melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/ dokumen/ saman/ notis serta pemanduan kenderaan.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan