Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
2916-05
Pegawai Eksekutif (Keselamatan) Gred 41
Pegawai Eksekutif (Keselamatan) Gred 41 bertanggungjawab terhadap tugas mengenai keselamatan perlindungan di Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan yang meliputi tugas-tugas mengendalikan latihan, memberi ceramah, menjalankan pemeriksaan keselamatan, membuat siasatan ke atas pelanggaran keselamatan dan pembocoran rahsia rasmi, penentuan sistem perkhidmatan anggota keselamatan dan sistem kawalan keselamatan peribadi.
2916-06
Penguasa Bomba Gred KB41
Penguasa Bomba Gred KB41 bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas pengurusan am, pentadbiran, pemantauan dan mengawal selia aktiviti-aktiviti yang melibatkan aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan kebakaran, merangka dan menjalankan program latihan, menguruskan penyelidikan, perancangan dan pembangunan
2916-07
Penguasa Penjara Gred KA41
Penguasa Penjara Gred KA41 melaksanakan dasar dan peranan jabatan bagi mencapai matlamat organisasi dalam pengurusan keselamatan penjara, pengurusan penahanan dan pelaksanaan hukuman, program-program pemulihan dan rawatan serta pengurusan layanan terhadap banduan.
2916-08
Pegawai Penguatkuasa Maritim Gred T13
Pegawai Penguatkuasa Maritim Gred T13 menjalankan tugas-tugas peringkat pengurusan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di sarnping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelarmat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pelanunan serta pencegahan dan penyekatan pengedaran dadah narkotik.
2919-01
Pegawai Bilik Kawalan
Pegawai Bilik Kawalan pantau semua kandungan yang melalui stesen mereka—daripada siaran langsung kepada rancangan yang dirakamkan—dan pastikan semuanya disampaikan tepat pada masanya. Memantau peralatan dan membuat pelarasan mengikut keperluan. Ini mungkin termasuk apa-apa daripada menyemak tahap audio hingga memastikan kamera difokuskan atau diletakkan dengan betul.
2919-02
Pegawai Pendaftaran Gred KP41
Pegawai Pendaftaran Gred KP41 bertanggungjawab menjadi sumber rujukan dalam urusan pendaftaran dan pindaan butiran kad pengenalan, pengurusan rekod kelahiran, kematian dan anak angkat, urusan kewarganegaraan, urusan pengurusan rekod perkahwinan dan perceraian, urusan siasatan dan penguatkuasaan.
2919-03
Pegawai Siasatan Gred P41
Pegawai Siasatan Gred P41 menguatkuasakan prosedur, peraturan, dan undang-undang yang merangkumi aspek siasatan, perisikan, pendidikan masyarakat, pemeriksaan dan perundingan, perundangan dan pendakwaan, penyelidikan dan perancangan, latihan, keselamatan, pengurusan sumber manusia dan pentadbiran am.
2919-04
Pegawai Siasatan Gred P43
Pegawai Siasatan Gred P43 menguatkuasakan prosedur, peraturan, dan undang-undang yang merangkumi aspek siasatan, perisikan, pendidikan masyarakat, pemeriksaan dan perundingan, perundangan dan pendakwaan, penyelidikan dan perancangan, latihan, keselamatan, pengurusan sumber manusia dan pentadbiran am
2919-05
Pegawai Siasatan Gred P47
Pegawai Siasatan Gred P47 menguatkuasakan prosedur, peraturan, dan undang-undang yang merangkumi aspek siasatan, perisikan, pendidikan masyarakat, pemeriksaan dan perundingan, perundangan dan pendakwaan, penyelidikan dan perancangan, latihan, keselamatan, pengurusan sumber manusia dan pentadbiran am
2919-06
Pegawai Siasatan Gred P51
Pegawai Siasatan Gred P51 menguatkuasakan prosedur, peraturan, dan undang-undang yang merangkumi aspek siasatan, perisikan, pendidikan masyarakat, pemeriksaan dan perundingan, perundangan dan pendakwaan, penyelidikan dan perancangan, latihan, keselamatan, pengurusan sumber manusia dan pentadbiran am
2919-07
Pegawai Siasatan Gred P53
Pegawai Siasatan Gred P53 menguatkuasakan prosedur, peraturan, dan undang-undang yang merangkumi aspek siasatan, perisikan, pendidikan masyarakat, pemeriksaan dan perundingan, perundangan dan pendakwaan, penyelidikan dan perancangan, latihan, keselamatan, pengurusan sumber manusia dan pentadbiran am
2919-08
Pegawai Integriti
Pegawai Integriti membangunkan dan meningkatkan kesadaran integriti dan kepatuhan dari segi Undang-undang dan Peraturan, sistem dan prosedur melalui perumusan berbagai dasar, inisiatif, program dan kursus yang berkaitan dengan integriti.
3143-01
Juruteknik Arborikultur
Juruteknik Arborikultur menjalankan tugas teknikal dan membangunkan aplikasi hasil penyelidikan aktiviti berkaitan perhutanan dan pengurusan hutan, penuaian, pemuliharaan sumber dan perlindungan alam sekitar.
3143-02
Juruteknik Perhutanan
Juruteknik Perhutanan membantu dan menyokong pengurus hutan dan melaksanakan keputusan mereka. Mereka menyelia pasukan pengendali peralatan perhutanan dan menyokong serta menyelia perlindungan perhutanan dan alam sekitar melalui penyelidikan dan pengumpulan data. Mereka juga menguruskan rancangan pemuliharaan sumber dan penuaian.
3143-03
Juruteknik Silvikultur
Juruteknik Silvikultur menjalankan tugas teknikal dan membangunkan aplikasi hasil penyelidikan aktiviti berkaitan perhutanan dan pengurusan hutan, penuaian, pemuliharaan sumber dan perlindungan alam sekitar.
3143-04
Penolong Pemelihara Hutan Gred G29
Penolong Pemelihara Hutan Gred G29 bertanggungjawab membantu merancang, mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti perhutanan supaya sejajar dengan peraturan-peraturan dan dasar-dasar Kerajaan.
3143-05
Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29
Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29 menjalankan tugas kuat kuasa undang-undang di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72 serta membuat kawalan, pengurusan dan penyelidikan hidupan liar.
3143-06
Pembantu Hidupan Liar Gred G19
Pembantu Hidupan Liar Gred G19 menjalankan tugas kuat kuasa undang-undang di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72 serta membuat kawalan, pengurusan dan penyelidikan hidupan liar.
3257-01
Pemeriksa Unit Kesihatan Awam
Pemeriksa Kesihatan Awam menyiasat undang –undang dan peraturan yang berkaitan dengan faktor persekitaran yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia, keselamatan di tempat kerja, dan proses pengeluaran barangan atau perkhidmatan.
3257-04
Pemeriksa Restoran Kesihatan Awam
Pemeriksa Restoran Kesihatan Awam menyiasat undang –undang dan peraturan yang berkaitan dengan faktor persekitaran yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia, keselamatan di tempat kerja, dan proses pengeluaran barangan atau perkhidmatan.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan