Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
3154-04
Juruteknik Automotif Sistem Brek
Juruteknik Automotif Sistem Brek menservis dan membaik pulih enjin kenderaan bermotor.
3154-05
Juruteknik Bingkai Badan Kenderaan
Juruteknik Bingkai Badan Kenderaan menservis dan membaik pulih enjin kenderaan bermotor.
3154-06
Juruteknik Kenderaan Bermotor
Juruteknik Kenderaan Bermotor menservis dan membaik pulih enjin kenderaan bermotor.
3154-07
Penolong Pereka Kenderaan Teknologi Hijau
Penolong Pereka Kenderaan Teknologi Hijau menservis dan membaik pulih enjin kenderaan bermotor.
3154-08
Juruteknik Kren
Juruteknik Kren memasang komponen kren perindustrian dan pelabuhan. Mereka memasang penghantar dan kawalan. Juruteknik kren melakukan pemasangan terakhir di tapak dan menyelenggara serta membaiki kren.
3154-09
Juruteknik Kejuruteraan Automotif
Juruteknik Kejuruteraan Automotif bekerjasama dengan jurutera automotif untuk mengendalikan, membaiki, menyelenggara dan menguji peralatan yang digunakan dalam kenderaan bermotor. Dalam sesetengah persekitaran, seperti lapangan terbang, mereka bertanggungjawab untuk memastikan peralatan dan kenderaan boleh diservis. Mereka menyemak cetak biru dan reka bentuk untuk menentukan spesifikasi dan prosedur ujian. Juruteknik kejuruteraan automotif menggunakan perisian untuk memastikan bahagian kenderaan bermotor berfungsi dengan baik. Mereka merekodkan prosedur dan keputusan ujian, dan membuat cadangan untuk perubahan.
3213-01
Pembantu Farmaseutikal
Pembantu farmasi membantu ahli farmasi dengan melaksanakan semua tugas perkeranian yang diperlukan untuk memastikan farmasi berjalan dengan cekap. Mereka menjawab panggilan telefon, mengurus daftar tunai, dan menyimpan semula rak dengan ubat-ubatan dan bekalan farmaseutikal lain.
3213-02
Pembantu Makmal Farmaseutikal
Pembantu Makmal Farmaseutikal mendispens dan menyediakan ubat-ubatan di bawah bimbingan ahli farmasi atau profesional kesihatan lain.
3213-03
Juruteknik Farmasi
Juruteknik Farmasi bertanggungjawab untuk keseluruhan aspek  kecekapan dan keselamatan bagi operasi farmasi termasuk operasi telefon dan teknikal, penjagaan pelanggan, dan komunikasi antara pekerja lain.
3213-04
Pembantu Farmasi
Pembantu Farmasi merekodkan dan menyimpan penghantaran bekalan dan ubat-ubatan, serta menerima preskripsi untuk diisi
3213-05
Penolong Pegawai Farmasi Gred U29
Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 mendispens dan menyediakan ubat-ubatan di bawah bimbingan ahli farmasi atau profesional kesihatan lain.
3241-02
Juruteknik Veterinar
Juruteknik Veterinar menjalankan tugas khidmat nasihat, diagnostik, pencegahan dan rawatan veterinar, yang lebih terhad skop dan kerumitannya daripada yang dijalankan oleh pakar veterinar. Mereka menjaga haiwan yang sedang dirawat dan membantu doktor haiwan untuk melaksanakan prosedur dan operasi rawatan.
3241-03
Juruteknik Penyelidikan Biotek Veterinar
Juruteknik Penyelidikan Biotek Veterinar membantu dalam eksperimen menggunakan model haiwan kecil dan mesti mempunyai pengalaman dalam teknik makmal asas, termasuk penjagaan haiwan, pengendalian dan pembedahan.
3254-01
Juruoptik
Juruoptik memeriksa dan membantu memperbaiki dan membetulkan penglihatan seseorang individu. Menyesuaikan kanta cermin mata, bingkai, kanta sentuh dan lain-lain alat bantuan penglihatan mengikut spesifikasi individu.
3254-02
Juruoptik Kanta Lekap
Juruoptik Kanta Lekap mereka bentuk, menyesuai dan mendispens kanta optik berdasarkan preskripsi daripada pakar oftalmologi atau optometris untuk membetulkan penglihatan yang kurang. Mereka juga memberi nasihat tentang bagaimana hendak memakai dan menjaga cermin mata dan kanta lekap.
3311-01
Broker Sekuriti
Broker Sekuriti membeli dan menjual sekuriti, saham, bon, dan aktiviti kewangan yang lain, serta berurus niaga dalam pasaran semasa atau pasaran hadapan di bursa asing bagi syarikat sendiri atau bagi pihak pelanggan berdasarkan komisen, dan mencadangkan transaksi kepada pelanggan atau pengurusan atasan.
3311-02
Broker Stok dan Saham
Broker Stok dan Saham membeli dan menjual saham dan sekuriti bagi pihak pelanggan. Mereka menilai prestasi saham dan sekuriti di pasaran saham dan memberikan cadangan kepada pelanggan.
3311-06
Perunding Matawang Asing
Perunding Matawang Asing mengawasi dan mengekalkan kedudukan pasaran mata wang asing sesebuah organisasi.
3311-07
Pedagang Forex
Pedagang Forex menjangkakan perubahan harga mata wang dan mengambil kedudukan dagangan dalam padanan mata wang di pasaran pertukaran asing untuk mendapat keuntungan daripada perubahan dalam permintaan mata wang.
3311-09
Perunding Perbendaharaan
Perunding Perbendaharaan mengkaji semua aspek operasi kewangan perniagaan dan menawarkan nasihat mengenai strategi penjimatan wang.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan