Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
2114-18
Ahli Geofizik Geomorfologi
Ahli Geofizik Geomorfologi menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi, atau menggunakan pengetahuan saintifik dalam bidang geologi dan geofizik seperti minyak, gas dan penggunaan mineral, pemuliharaan air, kejuruteraan awam, telekomunikasi dan pelayaran. Mereka membuat penilaian terhadap projek pembangunan dan kesan pembuangan sisa ke atas persekitaran.
2114-19
Ahli Geofizik Seismologi
Ahli Geofizik Seismologi mengkaji pergerakan plak tektonik di Bumi yang menyebabkan perambatan gelombang seismik dan gempa bumi. Mereka mengkaji dan memerhati pelbagai sumber yang menyebabkan gempa bumi seperti aktiviti gunung berapi, fenomena atmosfera, atau tingkah laku lautan. Mereka menyediakan pemerhatian saintifik mereka untuk mengelakkan bahaya dalam pembinaan dan infrastruktur.
2114-20
Ahli Geomagnet
Ahli Geomagnet menubuhkan balai cerap dan stesen magnet untuk mencarta medan magnet Bumi dan menggunakan data yang diperolehi kepada masalah sebagai contoh dalam bidang telefon, telegrafi, penyiaran radio, navigasi, pemetaan, dan pencarian geofizik.
2114-23
Ahli Hidrogeologi
Ahli Hidrogeologi menjalankan penyelidikan mengenai lokasi, pergerakan, dan kualiti pembentukan air yang berada di bawah permukaan Bumi.
2114-24
Ahli Hidrologi
Ahli Hidrologi menjalankan penyelidikan mengenai pengagihan, peredaran, dan sifat fizikal bawah muka bumi dan permukaan air.
2114-28
Ahli Paleontologi
Ahli Paleontologi saintis yang mengkaji tentang sisa-sisa fosil dari semua jenis organisma (tumbuh-tumbuhan, haiwan, kulat, bakteria dan benda hidup bersel tunggal), dan berminat mengetahui sejarah kehidupan organik di bumi.
2114-29
Ahli Stratigraf
Ahli Stratigraf memeriksa lapisan dalam tanah atau batu untuk menentukan bagaimana tanah itu wujud dan dalam urutan apa.
2114-31
Ahli Geosains Petroleum
Ahli Geosains Petroleum menilai medan gas dan minyak. Mereka mereka bentuk dan membangunkan kaedah untuk mengekstrak minyak dan gas dari bawah permukaan bumi. Mereka memaksimumkan pemulihan hidrokarbon pada kos minimum, mengejar kesan minimum terhadap alam sekitar.
2114-32
Ahli Geosains
Ahli Geosains mengkaji komposisi, struktur dan aspek fizikal Bumi yang lain. Boleh menggunakan pengetahuan geologi, fizik dan matematik dalam penerokaan minyak, gas, mineral atau air bawah tanah; atau dalam pelupusan sisa, tebus guna tanah, atau masalah alam sekitar yang lain. Boleh mengkaji komposisi dalaman Bumi, atmosfera, dan lautan, serta daya magnet, elektrik dan gravitinya. Termasuk ahli mineralogi, ahli paleontologi, ahli stratigraf, ahli geodesi dan ahli seismologi.
2114-34
Ahli Geologi Tapak
Ahli Geologi Tapak mengawasi setiap peringkat proses penggerudian untuk mengeluarkan gas dan minyak. Mereka mengkaji dan menganalisis batuan dari telaga minyak dan gas untuk mengarahkan penggerudian, dan mengenal pasti pembentukan batu yang digerudi. Mereka membuat penilaian terhadap projek pembangunan dan kesan pembuangan sisa ke atas persekitaran.
2114-36
Ahli Geologi Reservoir
Ahli Geologi Reservoir bertanggungjawab dalam semua peringkat pembangunan telaga, termasuk mengenal pasti lokasi berpotensi untuk menggerudi dan membantu pasukan penggerudian dengan kerja yang berkaitan dengan telaga minyak. Mereka membuat penilaian terhadap projek pembangunan dan kesan pembuangan sisa ke atas persekitaran.
2114-37
Ahli Geologi Struktur
Ahli Geologi Struktur menyiasat struktur dan evolusi bumi dan sumber semula jadinya. Meracang program untuk penerokaan tapak minyak, gas, air, mineral dan yang berkaitan. Mereka membuat penilaian terhadap projek pembangunan dan kesan pembuangan sisa ke atas persekitaran.
2114-39
Ahli Oseanografi Fizik
Ahli Oseanografi Fizik mengkaji tentang air, kehidupan laut, cuaca dan iklim, yang membantu memelihara sumber semula jadi lautan dan perairan pantai, serta menyumbang keupayaan profesional lain untuk meramalkan corak cuaca dan menjaga hidupan liar Mereka membuat penilaian terhadap projek pembangunan dan kesan pembuangan sisa ke atas persekitaran.
2114-40
Interpreter Seismik
Interpreter Seismik menggunakan pelbagai teknik pemodelan teknikal, pengiraan dan saintifik untuk menghasilkan data geofizik dan geologi yang boleh digunakan untuk menganalisis kandungan hidrokarbon struktur batu.
2114-41
Pakar Geologi
Pakar Geologi adalah pakar dalam menggunakan pengetahuan geologi untuk penilaian tapak, tanah, kestabilan cerun, sedimen dan ciri-ciri lain yang boleh diperhatikan di Bumi. Mereka menyepadukan maklumat ini dalam perancangan dan pembangunan projek di tempat tersebut. Mereka menilai dan menjawab soalan mengenai ciri-ciri geologi tanah dengan menjalankan penyelidikan dan eksperimen di tapak yang bertujuan untuk campur tangan.
2114-42
Pakar Geofizik
Pakar Geofizik ialah seorang profesional yang pakar dalam geofizik, cabang sains Bumi yang memfokuskan kepada kajian sifat fizikal Bumi melalui penggunaan prinsip fizikal. Pakar Geofizik menggunakan pelbagai kaedah dan teknologi untuk menyiasat bahagian bawah permukaan dan memahami struktur dalaman Bumi.
2114-43
Pegawai Geosains Gred C41
Pegawai Geosains Gred C41 bekerja dalam bidang geosains, yang merangkumi pelbagai cabang sains Bumi, termasuk geologi, geofizik, geokimia, dan sains alam sekitar. Perihalan kerja untuk Pegawai Geosains boleh berbeza-beza bergantung pada majikan, industri, dan fokus khusus peranan tersebut.
2114-44
Geomekanik
Geomekanik Geomechanic menyediakan sampel batu, tanah dan air untuk ujian. Mereka menganalisis sifat kimia dan fizikal sampel.
2114-45
Sedementologist
Sedementologist mengkaji jenis batuan tertentu, tetapi biasanya tanah dari pelbagai kawasan (termasuk pasir dan lumpur). Mereka membuat penilaian terhadap projek pembangunan dan kesan pembuangan sisa ke atas persekitaran.
2121-01
Perangkawan Gred E41
Perangkawan Gred E41 bertanggungjawab mengurus program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia, alam sekitar dan bidang lain-lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan