Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
2134-32
Ahli Epidemiologi
Ahli Epidemiologi mengkaji wabak penyakit, punca, lokasi, dan bagaimana pelbagai komuniti terjejas, menggunakan maklumat yang ada untuk membantu dalam pencegahan wabak di masa depan.
2134-36
Pakar Embriologi
Pakar Embriologi terlibat dengan kajian pembangunan sel embrio manusia dan haiwan. Mereka bertanggungjawab untuk melakukan penyelidikan, memberikan pandangan, dan membuat penemuan untuk menangani masalah kesuburan dan pembiakan.
2141-01
Jurutera Automasi
Jurutera Automasi menjalankan penyelidikan, mereka bentuk dan membangunkan aplikasi dan sistem untuk proses pengeluaran automasi. Mereka menggunapakai teknologi dan mengurangkan guna tenaga manusia untuk mencapai potensi penuh robotik industri. Jurutera automasi mengawasi proses dan memastikan semua sistem berjalan dengan selamat dan lancar.
2141-02
Jurutera Robotik
Jurutera Robotik mencipta dan membangunkan peranti dan aplikasi robotik menggunakan prinsip kejuruteraan mekanikal. Mereka menggunakan reka bentuk yang telah ditetapkan dan perkembangan semasa untuk menambah baik atau mencipta sistem, mesin dan peralatan. Mereka menggabungkan beberapa bidang pengetahuan seperti pengkomputeran, kejuruteraan, dan elektronik dalam pembangunan aplikasi kejuruteraan baharu.
2141-04
Jurutera Pengeluaran
Jurutera Pengeluaran menyemak dan menilai prestasi pengeluaran, melakukan analisis data dan mengenal pasti sistem pengeluaran yang kurang berprestasi. Mereka mencari penyelesaian jangka panjang atau pendek, merancang peningkatan pengeluaran dan pengoptimuman proses.
2141-06
Juruanalisis Komunikasi
Juruanalisis Komunikasi menganalisis dan memproses komunikasi untuk organisasi mereka. Peranan utama mereka adalah untuk memastikan komunikasi yang berkesan dan cekap sama ada secara dalaman dan luaran.
2141-09
Jurutera Perancangan
Jurutera Perancangan menentukan dan membangunkan kaedah pembinaan dan kejuruteraan yang paling sesuai dan ekonomi untuk projek. Mereka terlibat di setiiap peringkat pembangunan, dan hadir di tapak semasa membina untuk mengawasi prosedur. 
2141-10
Jurutera Sistem (Kecuali Komputer)
Jurutera Sistem (Kecuali Komputer) bertanggungjawab untuk memantau prestasi sistem dan terus menilai semua peringkat operasi untuk memastikan masalah diselesaikan.
2141-11
Jurutera Pereka Sistem (Kecuali Komputer)
Jurutera Pereka Sistem (Kecuali Komputer) bertanggungjawab dalam penyelidikan, pembangunan, dan reka bentuk mencipta produk baru. Mereka juga bertanggungjawab untuk pengubahsuaian produk atau proses sedia ada untuk meningkatkan kecekapan dan prestasi.
2141-13
Jurutera Kecekapan Perindustrian
Jurutera Kecekapan Perindustrian bertanggungjawab dalam reka bentuk, membangun, menguji, dan menilai sistem bersepadu untuk menguruskan proses pengeluaran perindustrian, termasuk faktor kerja manusia, kawalan kualiti, kawalan inventori, logistik dan aliran bahan, analisis kos, dan koordinasi pengeluaran.
2141-14
Jurutera Masa dan Gerakan
Jurutera Masa dan Gerakan bertanggungjawab untuk mengenal pasti peluang untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan, penjimatan kos dan meningkatkan produktiviti dan standard kualiti.
2141-15
Jurutera Penilaian Kos
Jurutera Penilaian Kos menganggarkan kos untuk projek kejuruteraan berdasarkan analisis keperluan teknikal projek. Mengumpul dan menganalisis semua kos projek, termasuk bahan mentah, buruh, peralatan dan perkakas untuk memastikan anggaran adalah tepat.
2141-16
Ahli Teknologi Barangan Kulit
Ahli Teknologi Kulit bertanggungjawab untuk menggunakan prinsip teknologi dan kejuruteraan untuk membangunkan dan mereka bentuk konsep pembuatan untuk meningkatkan produktiviti dan standard kualiti produk kulit. Mereka menjalankan analisis struktur dan pemasangan, membina prototaip, menilai prestasi, mengenal pasti masalah, dan membuat penambahbaikan.
2141-17
Ahli Teknologi Kaca
Ahli Teknologi Kaca menjalankan percubaan-percubaan dalam bidang kimia kaca, mencipta dan mengawal proses-proses yang terlibat dalam pembuatan barang-barang kaca. Mereka memilih formula yang dipergunakan untuk mencampurkan jenis kaca yang setara dan mencipta formula baru untuk mengeluarkan kaca bagi tujuan khas, seperti barang-barang ketuhar kaca atau barang-barang kaca berwarna.
2141-19
Ahli Teknologi Pencetakan
Ahli Teknologi Pencetakan bertanggungjawab menggunakan prinsip teknologi dan kejuruteraan untuk membangunkan dan mereka bentuk konsep pembuatan untuk meningkatkan produktiviti dan standard kualiti produk pencetakan. Mereka menjalankan analisis struktur dan pemasangan, membina prototaip, menilai prestasi, mengenal pasti masalah, dan membuat penambahbaikan.
2141-20
Ahli Teknologi Seramik
Ahli Teknologi Seramik bertanggungjawab untuk menggunakan prinsip teknologi dan kejuruteraan untuk membangunkan dan mereka bentuk konsep pembuatan untuk meningkatkan produktiviti dan standard kualiti produk seramik. Mereka menjalankan analisis struktur dan pemasangan, membina prototaip, menilai prestasi, mengenal pasti masalah, dan membuat penambahbaikan.
2141-21
Ahli Teknologi Simen
Ahli Teknologi Simen bertanggungjawab menggunakan prinsip teknologi dan kejuruteraan untuk membangunkan dan mereka bentuk konsep pembuatan untuk meningkatkan produktiviti dan standard kualiti produk simen. Mereka menjalankan analisis struktur dan pemasangan, membina prototaip, menilai prestasi, mengenal pasti masalah, dan membuat penambahbaikan.
2141-22
Ahli Teknologi Tekstil
Ahli Teknologi Tekstil bertanggungjawab ke atas pengoptimuman pengurusan sistem pembuatan tekstil, kedua-dua tradisional dan inovatif. Mereka membangun dan menyelia sistem pengeluaran tekstil mengikut sistem kualiti: proses pemintalan, anyaman, mengait, kemasan iaitu pencelupan, kemasan, percetakan dengan metodologi organisasi, pengurusan dan kawalan yang sesuai dan menggunakan teknologi tekstil yang baru muncul.
2141-23
Ahli Teknologi Kayu
Ahli Teknologi Kayu bertanggungjawab menggunakan prinsip teknologi dan kejuruteraan untuk membangunkan dan mereka bentuk konsep pembuatan untuk meningkatkan produktiviti dan standard kualiti produk kayu. Mereka menjalankan analisis struktur dan pemasangan, membina prototaip, menilai prestasi, mengenal pasti masalah, dan membuat penambahbaikan.
2141-24
Jurutera Loji
Jurutera Loji menyemak dan menilai prestasi pengeluaran, melakukan analisis data dan mengenal pasti sistem pengeluaran yang kurang berprestasi. Mereka mencari penyelesaian jangka panjang atau pendek, merancang peningkatan pengeluaran dan pengoptimuman proses.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan