Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
3213-04
Pembantu Farmasi
Pembantu Farmasi merekodkan dan menyimpan penghantaran bekalan dan ubat-ubatan, serta menerima preskripsi untuk diisi
3213-05
Penolong Pegawai Farmasi Gred U29
Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 mendispens dan menyediakan ubat-ubatan di bawah bimbingan ahli farmasi atau profesional kesihatan lain.
3214-01
Juruteknik Pergigian
Juruteknik Pergigian mereka bentuk, menyesuai, menservis dan membaiki alat-alat dan peralatan perubatan dan pergigian mengikuti preskripsi atau arahan yang ditetapkan oleh profesional kesihatan. Mereka boleh membuat gigi palsu separa atau penuh, inlays, bridges dan crowns daripada vulkanit logam atau plat komposisi lain daripada lilin atau cetakan plaster.
3214-04
Orthotist
Orthotist membuat dan memasang pendakap dan penganduh (orthoses) bagi orang yang memerlukan sokongan tambahan pada bahagian badan yang lemah akibat daripada kecederaan, penyakit, atau gangguan saraf, otot, atau tulang.
3214-05
Juruteknologi Pergigian Gred U29
Juruteknologi Pergigian Gred U29 merangka, memproses dan menghasilkan aplians prostetik, ortodonik, maksilofasial dan restoratif berdasarkan prosedur amalan pergigian yang unggul mengikut jenis bahan akrilik, logam, seramik dan komposit.
3221-01
Jururawat Gred U29
Jururawat Gred U29 merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan dan membantu doktor menentukan jenis penyakit.
3221-02
Pembantu Jururawat
Pembantu Jururawat menyediakan rawatan asas dan penjagaan peribadi bagi orang-orang sakit fizikal atau mental, kurang upaya atau uzur, dan lain-lain yang memerlukan penjagaan disebabkan risiko kepada kesihatan.
3221-04
Jururawat Praktikal
Jururawat Praktikal  memberi khidmat sokongan pesakit dengan menyediakan penjagaan asas kejururawatan dan perubatan termasuk mengambil tanda-tanda penting dan merekodkannya dalam carta pesakit.
3222-01
Bidan
bidan menawarkan penjagaan pranatal dan selepas bersalin, melahirkan bayi atau membantu doktor melahirkan bayi, dan menasihati ibu bapa tentang cara menjaga bayi mereka.
3222-02
Pembantu Bidan
Pembantu Bidan  membantu bidan semasa penyediaan dan kelahiran bayi. Mereka juga  menawarkan perawatan postnatal  selepas bayi dilahirkan.
3241-01
Pembantu Veterinar Gred G19
Pembantu Veterinar Gred G19 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar
3241-02
Juruteknik Veterinar
Juruteknik Veterinar menjalankan tugas khidmat nasihat, diagnostik, pencegahan dan rawatan veterinar, yang lebih terhad skop dan kerumitannya daripada yang dijalankan oleh pakar veterinar. Mereka menjaga haiwan yang sedang dirawat dan membantu doktor haiwan untuk melaksanakan prosedur dan operasi rawatan.
3241-03
Juruteknik Penyelidikan Biotek Veterinar
Juruteknik Penyelidikan Biotek Veterinar membantu dalam eksperimen menggunakan model haiwan kecil dan mesti mempunyai pengalaman dalam teknik makmal asas, termasuk penjagaan haiwan, pengendalian dan pembedahan.
3241-06
Pembantu Veterinar Permanian Beradas
Pembantu Veterinar Permanian Beradas bertanggungjawab untuk impregnasi haiwan menggunakan air mani yang dikumpulkan, mengikut undang-undang negara.
3241-07
Veterinar Permanian Beradas
Veterinar Permanian Beradas  bertanggungjawab untuk impregnasi haiwan menggunakan air mani yang dikumpulkan, mengikut perundangan negara.
3241-08
Juruteknik Pengeluaran Biotek Veterinar
Juruteknik Pengeluaran Biotek Veterinar menjalankan tugas khidmat nasihat, diagnostik, pencegahan dan rawatan veterinar, yang lebih terhad skop dan kerumitannya daripada yang dijalankan oleh pakar veterinar. Mereka menjaga haiwan yang sedang dirawat dan membantu doktor haiwan untuk melaksanakan prosedur dan operasi rawatan.
3241-09
Jururawat Veterinar
Jururawat Veterinar menjalankan tugas khidmat nasihat, diagnostik, pencegahan dan rawatan veterinar, yang lebih terhad skop dan kerumitannya daripada yang dijalankan oleh pakar veterinar. Mereka menjaga haiwan yang sedang dirawat dan membantu doktor haiwan untuk melaksanakan prosedur dan operasi rawatan.
3241-10
Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Sokongan.
3251-01
Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19
Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19 bertanggungjawab sebagai salah seorang ahli kesihatan pergigian yang memainkan peranan dalam pengendalian klinikal pesakit, pendidikan kesihatan pergigian, pengurusan pesakit dan pentadbiran.
3251-02
Jururawat Kesihatan Pergigian
Jururawat pergigian kesihatan awam membantu doktor pergigian dengan menyediakan dan menyelenggara instrumen dan peralatan lain, menyediakan bahan, dan membantu pesakit bersiap sedia untuk pemeriksaan dan rawatan. Mereka juga melakukan tugas nasihat, diagnostik, pencegahan dan rawatan pergigian yang kurang kompleks dan luas daripada yang dilakukan oleh doktor gigi.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan