Pengenalan
Pengenalan MASCO
Pengguna MASCO
Struktur Pengelasan
Dasar Gaji Progresif
Indeks
Direktori
Penerbitan
Statistik
Pengelasan Jawatan MASCO
Statistik Pekerjaan
Carta Bilangan Pekerjaan
Agensi
BM
EN
Pengenalan
Pengenalan MASCO
Pengguna MASCO
Struktur Pengelasan
Dasar Gaji Progresif
Indeks
Direktori
Penerbitan
Statistik
Pengelasan Jawatan MASCO
Statistik Pekerjaan
Carta Bilangan Pekerjaan
Agensi
BM
EN
Direktori — KNOWLEDGE
Loading…
Tiada hasil
Carian Terkini
Padam
+
Dipilih
Padam
Mohon
Semua
Loading…
Dipilih
Mohon
Apply
Semua
Loading…
×
Reset semua
Kod
Tajuk
1112-05
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Ketua Setiausaha Perbendaharaan bertanggungjawab menggubal, melaksanakan dan memastikan dasar fiskal dan kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan, menguatkan daya saing dan meningkatkan ekonomi negara, memastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berkesan, menjamin perkongsian kekayaan negara dengan saksama dan meningkatkan kesejahteraan dan taraf kehidupan masyarakat.
1112-06
Ketua Audit Negara
Ketua Audit Negara bertanggungjawab melaksanakan pengauditan terhadap urusan kewangan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan Malaysia. Bertanggungjawab memastikan kewujudan akautabili dalam pentadbiran dan pengurusan wang awam melalui pengauditan akaun dan aktiviti Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, badan-badan berkanun, Kerajaan Tempatan serta Majlis Agama Islam.
1112-07
Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara mengarah dan mengawal segala bentuk kepolisan dari polis tugas am ke perisikan aktiviti keseluruhan jabatan kerajaan, lembaga, agensi atau pesuruhjaya perbandaran atau tempatan, serantau dan nasional yang selaras dengan undang-undang dan dasar yang digubal oleh kerajaan dan badan perundangan.
1112-08
Ketua Pengarah Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan menasihati kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan tentang hal ehwal dasar mengenai aspek sistem kesihatan.
1112-09
Panglima Angkatan Tentera
Panglima Angkatan Tentera memimpin Angkatan Tentera Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan keutuhan wilayah dan kepentingan negara dari ancaman luar dan peranan sekunder adalah membantu Pihak Berkuasa Awam di dalam memulih dan memelihara ketenteraman awam, penguatkuasaan undang-undang maritim, menentang ancaman dalaman, operasi bantuan bencana alam dan pembangunan negara.
1112-11
Gabenor
Gabenor merupakan ketua seluruh institusi kewangan yang menjalankan urusan dan hal ehwal bank mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia.
1112-12
Ketua Pengarah Kastam
Ketua Pengarah Kastam menasihati kerajaan mengenai perkara berkaitan dasar, memantau pentafsiran dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan undang-undang oleh jabatan dan agensi kerajaan berkaitan pemungutan cukai eksport/import negara.
1112-13
Ketua Pengarah Bomba
Ketua Pengarah Bomba memastikan khidmat operasi kebombaan dan penyelamatan yang profesional dan berkualiti bagi mengelakkan ancaman kepada nyawa dan membendung kemusnahan harta benda mengikut peruntukan undang-undang.
1112-14
Ketua Setiausaha Kementerian
Ketua Setiausaha Kementerian bertanggungjawab kepada Menteri dan memimpin dalam penggubalan dasar-dasar.
1112-15
Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan
Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan merancang, menyusun, mengarah, mengawal dan menilai aktiviti keseluruhan jabatan kerajaan yang selaras dengan undang-undang dan dasar yang digubal oleh kerajaan dan badan perundangan.
1112-16
Pengurus Besar, Kerajaan Serantau
Pengurus Besar, Kerajaan Serantau merancang, menyusun, mengarah, mengawal dan menilai aktiviti keseluruhan kerajaan wilayah yang selaras dengan undang-undang dan dasar yang digubal oleh kerajaan dan badan perundangan.
1112-17
Ketua Jabatan Kerajaan
Ketua Jabatan Kerajaan merancang, menyusun, mengarah, mengawal dan menilai aktiviti keseluruhan jabatan kerajaan yang selaras dengan undang-undang dan dasar yang digubal oleh kerajaan dan badan perundangan.
1112-19
Setiausaha Suruhanjaya
Setiausaha Suruhanjaya berperanan sebagai Ketua Pegawai Pentadbir Suruhanjaya dan memberi khidmat nasihat kepada Anggota Suruhanjaya, berkaitan dengan pelaksanaan mesyuarat dan hal-hal lain yang berkaitan.
1112-20
Setiausaha Kerajaan Negeri
Setiausaha Kerajaan Negeri berperanan sebagai ketua pentadbir negeri, ketua perkhidmatan awam negeri, menjadi penasihat utama kepada Menteri Besar/Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
1112-21
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri membantu Setiausaha Kerajaan Negeri mentadbir negeri, ketua perkhidmatan awam negeri, menjadi penasihat utama kepada Menteri Besar/Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
1112-22
Ketua Pegawai Eksekutif Badan Berkanun
Ketua Pegawai Eksekutif Badan Berkanun mengetuai operasi harian organisasi dan membuat semua keputusan utama mengenai syarikat yang merangkumi semua sektor dan bidang perniagaan, termasuk operasi, pemasaran, pembangunan perniagaan, kewangan, sumber manusia dan lain-lain.
1112-27
Konsul Besar
Konsul Besar adalah wakil rasmi negara yang bertindak untuk membangun dan melindungi kepentingan negaranya di arena serantau dan antarabangsa, memastikan keselamatan dan kepentingan warga negaranya di luar negara dan juga memupuk hubungan mesra dengan negara asing.
1112-28
Pesuruhjaya Tinggi Kerajaan
Pesuruhjaya Tinggi Kerajaan menjalankan urusan diplomatik dan mengadakan perundingan antara negara penerima maupun negara lainnya dan melindungi hak peribadi, harta benda dan kepentingan-kepentingan warga negaranya yang berada di luar negara.
1112-29
Setiausaha Kedutaan
Setiausaha Kedutaan menjalankan urusan diplomatik dan mengadakan perundingan antara negara penerima maupun negara lainnya dan melindungi hak peribadi, harta benda dan kepentingan-kepentingan warganegaranya yang berada di luar negara.
1112-30
Datuk Bandar
Datuk Bandar bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri dan terhadap pentadbiran dan perjalanan Majlis Bandaraya Negeri. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap, Eksekutif, Penasihat, <i>Ad Hoc</i> dan lain-lain jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis bagi tujuan membuat keputusan, polisi-polisi, perintah-perintah dan undang-undang kecil Majlis.
pagination.previous
pagination.next
Showing
21
to
40
of
305
results
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
...
15
16
← Kembali
Kesuma
Hai, saya KESUMA, akan membantu anda dengan Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO). Bagaimana saya boleh membantu?"
➤
Bandingkan (
/2)
Padam
Lihat Perbandingan