Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
1324-06
Pengurus Pembelian
Pengurus Pembelian mengetuai pasukan yang bertanggungjawab untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan untuk jualan semula atau kegunaan syarikat. Mereka mencari kualiti terbaik yang tersedia untuk harga terendah
1324-07
Pengurus Pengeluaran dan Operasi, Pengangkutan
Pengurus Pengeluaran dan Operasi,Pengangkutan bertanggungjawab untuk menguruskan pelaksanaan, arahan, dan penyelarasan semua perkara pengangkutan.   
1324-14
Pengurus Perkapalan
Pengurus Perkapalan Mengesahkan dan menyelenggara rekod penghantaran masuk dan keluar yang melibatkan inventori. Tugas termasuk mengesahkan dan merekod barangan atau bahan yang masuk dan mengatur pengangkutan produk. Boleh menyediakan barang untuk penghantaran.
1324-16
Pengurus Operasi Logistik Halal
Pengurus Operasi Logistik Halal merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras bekalan, pengangkutan, penyimpanan dan pengedaran barang Halal.
1324-18
Penolong Pengurus Kawalan Bahan
Penolong Pengurus Kawalan Bahan menyokong pengurus kawalan bahan dalam mengawasi perolehan, pengurusan inventori, dan pengedaran bahan dalam organisasi. Mereka membantu dalam membangunkan dan melaksanakan dasar dan prosedur untuk mengoptimumkan tahap inventori, meminimumkan kos, dan memastikan ketersediaan bahan tepat pada masanya untuk menyokong keperluan pengeluaran dan operasi.
1324-23
Pengurus Pembelian Pemprosesan Daging Halal
Pengurus Pembelian Pemprosesan Daging Halal bertanggungjawab dalam merancang, mengarahkan dan mengendalikan aktiviti Halal pembelian yang dilakukan sesuai dengan prosedur dan polisi perusahaan yang telah ditetapkan dan juga menguruskan kontrak pada vendor atau pembekal.
1324-24
Pengurus Kenderan Udara Tanpa Pemandu (UAV)
Pengurus Kenderan Udara Tanpa Pemandu (UAV) mengurus operasi penerbangan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu. Mereka menetapkan prosedur dan dasar operasi untuk memastikan operasi penerbangan menepati standard operasi dan keselamatan.
2113-02
Ahli Kimia
Ahli kimia menjalankan penyelidikan makmal dengan menguji dan menganalisis struktur bahan kimia. Mereka menterjemahkan hasil penyelidikan melalui proses pengeluaran perindustrian terutamanya dalam pembangunan atau penambahbaikan produk.
2113-40
Pakar Moringa
Pakar Moringa ialah pakar dalam bidang berkaitan dengan pokok moringa (juga dikenali sebagai pokok kelor atau "drumstick tree"), yang terkenal dengan manfaat kesihatan, pemakanan, dan perubatan. Pakar ini biasanya terlibat dalam pelbagai aspek kajian, penanaman, dan penggunaan pokok moringa, termasuk daunnya, biji, akar, dan minyaknya.
2132-01
Pegawai Perikanan Gred G41
Pegawai Perikanan Gred G41 bertanggungjawab menjamin dasar pembangunan sektor perikanan selaras dengan kepentingan negara dan kehendak antarabangsa. 
2132-03
Pegawai Pertanian Gred G41
Pegawai Pertanian Gred G41 bertanggungjawab merancang, melaksana dan menilai program pertanian serta menyediakan khidmat perundingan Teknikal Pertanian dan Perniagaan Tani serta penguatkuasaan Akta Tumbuhan 1976 dan 1981 untuk pelabur dari dalam dan luar negara.
2132-04
Pegawai Rancangan Tanah Gred G41
Pegawai Rancangan Tanah Gred G41 bertanggungjawab menguruskan Pejabat Rancangan serta merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti kerja untuk urusan pentadbiran, urusan kebun, urusan peneroka, dan urusan pembangunan usahawan, menganggotai jawatankuasa yang berkaitan dan menyediakan laporan-laporan dan analisis berhubung dengan prestasi Rancangan.
2132-05
Pegawai Pertanian
Pegawai Pertanian mengkaji, memberi bantuan dan nasihat mengenai pengurusan ladang, perhutanan dan perikanan, termasuk penanaman, pembajaan, penuaian, penghakisan dan komposisi tanah, pencegahan penyakit, pemakanan, tanaman giliran, dan pemasaran. Mereka membangunkan teknik bagi meningkatkan produktiviti, mengkaji serta membangunkan rancangan dan dasar bagi pengurusan tanah dan perikanan.
2132-06
Penasihat Penanaman
Penasihat Penanaman mengkaji, memberi bantuan dan nasihat mengenai pengurusan ladang, penanaman, pembajaan, penuaian, penghakisan dan komposisi tanah, pencegahan penyakit, pemakanan, tanaman giliran, dan pemasaran. Mereka membangunkan teknik bagi meningkatkan produktiviti, mengkaji serta membangunkan rancangan dan dasar
2132-09
Pendemonstrasi Ladang
Pendemonstrasi Ladang mengadakan demonstrasi, memberi ceramah, penulisan dan mengagihkan bahan untuk menggalakkan penggunaan amalan dan teknik yang diperbaharui.
2132-10
Pegawai Perhutanan
Pegawai Perhutanan memberikan sokongan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perhutanan, termasuk melakukan pemantauan, pengurusan hutan, pemuliharaan hutan, pengetahuan dan maklumat perhutanan.
2132-11
Pegawai Pemulihara Hutan
Pegawai Pemulihara Hutan bertanggungjawab merancang, mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti pemuliharaan hutan supaya sejajar dengan peraturan-peraturan dan dasar-dasar Kerajaan.
2132-13
Eksekutif Ladang Pertanian
Eksekutif Ladang Pertanian mengkaji, memberi bantuan dan nasihat mengenai pengurusan ladang, perhutanan dan perikanan, termasuk penanaman, pembajaan, penuaian, penghakisan dan komposisi tanah, pencegahan penyakit, pemakanan, tanaman giliran, dan pemasaran. Mereka membangunkan teknik bagi meningkatkan produktiviti, mengkaji serta membangunkan rancangan dan dasar bagi pengurusan tanah dan perikanan.
2132-14
Eksekutif Akuakultur
Eksekutif Akuakultur bertanggungjawab menyelaras pengeluaran hasil perikanan dari pembenihan atau  tumbuh-tumbuhan yang boleh dituai untuk pelbagai tujuan.
2132-15
Eksekutif Perladangan
Eksekutif Perladangan mengkaji, memberi bantuan dan nasihat mengenai pengurusan ladang, perhutanan dan perikanan, termasuk penanaman, pembajaan, penuaian, penghakisan dan komposisi tanah, pencegahan penyakit, pemakanan, tanaman giliran, dan pemasaran. Mereka membangunkan teknik bagi meningkatkan produktiviti, mengkaji serta membangunkan rancangan dan dasar bagi pengurusan tanah dan perikanan.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan