Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
5112-02
Inspektor Tiket
Inspektor Tiket membuat dan mengesahkan tempahan untuk pengangkutan, atau menjual tiket pengangkutan. Menyemak bagasi dan mengarahkan penumpang ke tempat duduk. Menghantar tiket dan menghubungi individu atau kumpulan untuk memaklumkan mereka tentang pakej lawatan.
5112-06
Pengawal Kereta api Penumpang
Pengawal Kereta api Penumpang mengumpul atau mengeluarkan tiket dan bertanggungjawab untuk keselamatan dan keselesaan di dalam kereta api, trem, bas dan kenderaan pengangkutan awam yang lain.
5112-07
Pengawal Landasan
Pengawal Landasan membimbing atau mengawal kenderaan atau lalu lintas pejalan kaki di tempat-tempat seperti jalan, sekolah, persimpangan landasan kereta api atau tapak pembinaan.
5112-08
Konduktor Pengangkutan
Konduktor Pengangkutan mengumpul atau mengeluarkan tiket dan bertanggungjawab untuk keselamatan dan keselesaan di dalam kereta api, trem, bas dan kenderaan pengangkutan awam yang lain.
5121-01
Tukang Masak
Tukang Masak merancang, mengatur, menyediakan dan memasak makanan di hotel, restoran dan tempat makan awam lain, di atas kapal, kereta api penumpang, isi rumah persendirian dan institusi atau pertubuhan lain.
5121-10
Pembantu Kulinari
Pembantu Kulinari merancang, mengatur, menyediakan dan memasak makanan mengikut resepi atau di bawah pengawasan jurumasak.
5121-11
Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 Bertanggungjawab memilih, mengasingkan dan menerima makanan basah/ mentah dan kering mengikut arahan pegawai yang menerima bekalan makanan daripada pembekal. Menyimpan makanan dalam stor, chiller dan freezer mengikut tatacara penyimpanan serta melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan.
5131-08
Pekerja Makanan dan Minuman, Perkhidmatan Bilik
Pekerja Makanan dan Minuman, Perkhidmatan Bilik menghantar dan menghidangkan makanan dan minuman ke bilik tetamu di tempat komersil seperti hotel, kelab, dan di atas kapal persiaran. 
5131-11
Pramusaji Gred K3
Pramusaji Gred K3 menghidangkan makanan dan minuman di tempat makan dan minum seperti di kelab, institusi dan kantin, di atas kapal, dan di dalam kereta api penumpang.
5152-06
Jurukemas
Jurukemas bertanggungjawab ke atas semua aktiviti rumah tangga di rumah persendirian. Mereka menyelia dan melaksanakan tugas mengikut keperluan majikan seperti aktiviti memasak, membersih dan membasuh, menjaga anak dan berkebun. Mereka memesan bekalan dan bertanggungjawab ke atas perbelanjaan yang diperuntukkan. Pembantu rumah domestik boleh menyelia dan mengarahkan kakitangan isi rumah dalam isi rumah yang besar.
5246-01
Atendan Kaunter Makanan
Atendan Kaunter Makanan melayan pelanggan di kaunter makanan dan menyediakan makanan yang ringkas di restoran, kafeteria, hotel, kedai makanan segera, hospital dan lain-lain pertubuhan yang seumpamanya.
5311-01
Pekerja Asuhan Kanak-Kanak
Pekerja Asuhan Kanak-Kanak menyediakan penjagaan dan penyeliaan kanak-kanak di rumah, rumah kediaman dan di pusat jagaan harian.
5321-03
Pembantu Perawatan
Pembantu Perawatan menyediakan penjagaan peribadi dan bantuan dalam aktiviti harian pesakit dan penduduk dalam pelbagai persekitaran penjagaan kesihatan seperti di hospital, klinik, kediaman dan pusat kemudahan penjagaan kejururawatan.
5321-10
Pembantu Penjagaan Pesakit
Pembantu Penjagaan Pesakit menyediakan penjagaan peribadi dan bantuan dalam aktiviti harian pesakit dan penduduk dalam pelbagai persekitaran penjagaan kesihatan seperti di hospital, klinik, kediaman dan pusat kemudahan penjagaan kejururawatan.
5321-11
Pembantu Psikiatri
Pembantu Psikiatri  membantu pesakit yang mengalami kecacatan mental atau  gangguanemosi, bekerja di bawah arahan kakitangan kejururawatan dan perubatan. 
5321-12
Pembantu Peti Kecemasan
Pembantu Peti Kecemasan memeriksa dan merawat kecederaan kecil di tempat kerja dalam tahap dan skop latihan pertolongan cemas serta memberikan pemerhatian yang sewajarnye pada kecederaan yang serius sehingga kakitangan perubatan yang berkelayakan dapat dihubungi.
5321-15
Pembantu Steril
Pembantu Steril  membantu profesional perubatan dengan penjagaan pesakit, menyediakan peralatan serta memastikan persekitaran  dan alat yang bersih di fasiliti pergigian atau perubatan. 
5411-01
Pegawai Bomba Gred KB19
Pegawai Bomba Gred KB19 Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan, penyelenggaraan harian dan pemanduan jentera bomba serta melaksanakan kerja-kerja pengawasan di bilik kawalan dan pemeriksaan premis.
5411-02
Pemadam Kebakaran
Pemadam Kebakaran mencegah dan memadamkan kebakaran, menyelamatkan orang, harta benda dan menjalankan usaha menyelamat.
5411-03
Pegawai Pencegahan Kebakaran
Pegawai Pencegahan Kebakaran mencegah dan memadamkan kebakaran, menyelamatkan orang, harta benda dan menjalankan usaha menyelamat.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan