Direktori — PENGETAHUAN
Carian Terkini
Kod Tajuk
6111-17
Penggred Kelapa Sawit
Penggred Kelapa Sawit menjalankan aktiviti pengred, memeriksa kualiti buah kelapa sawit  dan membuat plot label lokasi menuai.
6111-18
Penyelia Ladang
Penyelia Ladang menyelia kerja-kerja harian pekerja am dan pekerja kontraktor serta merancang dan merekodkan penyiapan kerja pada akhir setiap hari.
6111-19
Pekerja Kemahiran Pertanian (Tanaman ladang)
Pekerja Kemahiran Pertanian (tanaman ladang) menjalankan aktiviti pendebungaan dan pencantuman pada tanaman.  
6111-23
Pekebun buah-buahan
Pekebun Buah-Buahan merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk menanam dan menuai buah-buahan untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
6111-27
Pekebun Tanaman Berserat
Pekebun Tanaman Berserat merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk menanam dan menuai tanaman berserat untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
6111-32
Pekebun Buah-buahan Tropika
Penanam Buah-buahan Tropika merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk menanam dan menuai buah-buahan tropika untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
6112-01
Pekebun Pokok Renek
Pekebun Pokok Renek merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk menanam dan menuai hasilan pokok renek untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
6113-01
Pekebun
Pekebun merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk membesarkan, menanam pokok, pokok renek, bunga dan pokok lain dengan kaedah penanaman yang intensif dan menghasilkan anak pokok, bebawang dan benih untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
6113-06
Penggaya Bonsai
Penggaya Bonsai bertanggungjawab untuk penanaman, penggayaan, dan penyelenggaraan pokok bonsai untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.                       
6113-07
Pekebun Landskap
Pekebun Landskap merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk menanam dan meyelenggara pokok bunga dan pokok lain di taman-taman rekreasi atau tepi jalan dan kawasan yang bersesuaian. 
6114-01
Pekebun Tanaman Campuran
Pekebun Tanaman Campuran merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk menanam dan menuai tanaman campuran bagi tanaman ladang, sayur-sayuran ladang dan pokok renek, hasilan kebun, hortikultur dan tapak semaian untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
6115-01
Pekebun Sayur-Sayuran
Pekebun Sayur-Sayuran merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk menanam dan menuai pelbagai jenis tanaman sayuran untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
6121-01
Pembiak baka Haiwan Ternakan
Pembiak baka Haiwan Ternakan bertanggungjawab untuk memilih dan membiak baka haiwan ternakan mengikut pedigri, ciri, dan keturunan. 
6121-03
Pekerja Kemahiran Ladang Ternakan Campuran
Pekerja Kemahiran Ladang Ternakan Campuran melaksanakan tugas rutin di ladang ternakan campuran seperti memindahkan, memberi makan dan mengira ternakan, dan membantu penternakan.
6121-04
Pengeluar Haiwan Tenusu
Pengeluar Haiwan Tenusu merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk membiak baka, menternak dan menjaga ternakan sama ada yang digunakan untuk bekerja, bersukan atau haiwan peliharaan, serta untuk mendapatkan daging, susu, bulu, kulit dan produk lain untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar awam.
6121-09
Penternak
Penternak  merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk membiak baka, menternak dan menjaga ternakan untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
6122-03
Penternak Poltri
Penternak Poltri merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk membiak baka, menternak, dan menjaga poltri untuk menghasilkan telur, daging, sarang atau bulu dan stok ternakan untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
6122-05
Pembiak baka Poltri
Pembiak baka Poltri merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk membiak baka untuk penternak.
6122-13
Operator Inkubator (Ladang Poltri)
Operator Inkubator (Ladang) merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
6122-14
Penentu Jantina, Poltri
Penentu Jantina, Poltri mengenalpasti dan membezakan jantina poltri dalam pengeluaran komersial poltri.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan