Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
2164-05
Perancang Trafik
Perancang Trafik ialah seorang profesional yang memberi tumpuan kepada perancangan strategik dan penyelarasan sistem pengangkutan untuk menangani keperluan trafik semasa dan masa hadapan dalam kawasan tertentu. Peranan melibatkan menganalisis data, membangunkan rancangan, dan melaksanakan strategi untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan, keselamatan dan kemampanan rangkaian pengangkutan.
2164-06
Perancang Tanah
Perancang Tanah melawat tapak untuk membuat projek dan rancangan untuk penggunaan dan pembangunan tanah. Mereka mengumpul dan menganalisis data mengenai tanah tersebut. Perancang tanah memberikan nasihat tentang kecekapan dan keselamatan rancangan pembangunan.
2164-07
Perancang Bandar dan Wilayah
Perancang Bandar dan Wilayah adalah profesional yang membangunkan rancangan dan program untuk kegunaan tanah di kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Matlamat mereka adalah untuk mewujudkan komuniti yang mampan, berfungsi dan menyenangkan dari segi estetika dengan mempertimbangkan pelbagai faktor seperti pertumbuhan penduduk, pembangunan ekonomi, pengangkutan dan kesan alam sekitar
2165-01
Jurugeospatial Gred J41
Jurugeospatial Gred J41 bertanggungjawab dalam penyediaan reka bentuk peta elektronik, peta tematik serta peta topografi terhad dan tidak terhad yang diperlukan oleh kerajaan dan awam bagi tujuan pertahanan, pembangunan negara, pengurusan sumber, pendidikan dan pentadbiran.
2165-02
Juruukur Gred J41
Juruukur Gred J41 bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja ukur iaitu ukuran tarabas kawalan piawai, ukuran kawalan, ukuran dinding duatuan, ukuran pengambilan balik tanah, ukuran kawasan bandar dan luar bandar, ukuran kelas satu dan dua bagi tujuan pengeluaran hak milik, ukuran gelanggang sukan, ukuran siasatan kejituan. Mereka memberi latihan, menyediakan laporan dan penyata kerja pasukan kerja dan lain-lain tugas pentadbiran yang berkaitan dengan Jabatan.
2165-03
Jurukartografi
Jurukartografi menggunakan kaedah dan teknik mengukur untuk menentukan posisi sebenar ciri dan sempadan tanah sama ada yang semula jadi atau yang dibina, di laut, kawasan bawah tanah dan cakerawala, serta menyediakan atau menyemak gambaran digital, grafik, peta dan carta menggunakan prinsip sains dan matematik.
2165-07
Juruukur
Juruukur membuat ukuran yang tepat dan tentukan sempadan harta benda. Sediakan data yang berkaitan dengan bentuk, kontur, graviti, lokasi, ketinggian atau dimensi tanah atau ciri tanah pada atau berhampiran permukaan bumi untuk kejuruteraan, pembuatan peta, perlombongan, penilaian tanah, pembinaan dan tujuan lain.
2166-01
Pereka Gred B41
Pereka Gred B41 bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.
2166-02
Pereka Laman E-Dagang
Pereka Laman E-Dagang mereka bentuk kandungan maklumat komunikasi visual dan audio, penerbitan dan paparan menggunakan filem, elektronik, digital dan lain-lain bentuk media visual dan audio. Mereka mencipta kesan khas, animasi, atau lain-lain imej visual untuk kegunaan dalam permainan komputer, filem, video muzik, media cetak dan iklan.
2166-03
Pereka Gred B43
Pereka Gred B43 bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.
2166-04
Pereka Gred B47
Pereka Gred B47 bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.
2166-05
Pereka Gred B51
Pereka Gred B51 bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.
2166-06
Pereka Gred B53
Pereka Gred B53 bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.
2171-01
Jurutera Kapal
Jurutera Kapal mengawal dan mengambil bahagian dalam operasi, penyelenggaraan dan pembaikpulihan kelengkapan dan jentera elektrik dan elektronik di atas kapal, atau melaksanakan fungsi sokongan yang berkaitan.
2171-02
Jurutera Marin
Jurutera marin mereka bentuk, membina, menyelenggara dan membaiki rangka kapal, mekanikal, peralatan elektronik dan sistem tambahan seperti enjin, pam, pemanasan, pengudaraan, set penjana. Pekerjaan mereka meliputi semua jenis bot hingga kapal tentera laut, termasuk kapal selam.
2171-05
Arkitek Kapal
Arkitek Kapal mereka bentuk, membina, menyelenggara dan membaiki semua jenis bot daripada kerangaka kapal kepada kapal tentera laut, termasuk kapal selam. Mereka menganalisis struktur terapung dan mengambil kira pelbagai ciri untuk reka bentuk mereka seperti bentuk, struktur, kestabilan, rintangan, akses dan pendorongan badan kapal.
2171-07
Ketua Jurutera (Marin)
Ketua Jurutera (Marin) bertanggungjawab ke atas keseluruhan operasi teknikal kapal termasuk bahagian kejuruteraan, elektrikal dan mekanikal. Mereka adalah ketua seluruh jabatan enjin di atas kapal dan mempunyai tanggungjawab keseluruhan untuk semua operasi teknikal dan peralatan di atas kapal. Ketua jurutera marin bekerjasama dalam keselamatan, kelangsungan hidup dan penjagaan kesihatan di atas kapal dan mematuhi piawaian aplikasi kebangsaan dan antarabangsa.
2172-01
Pegawai Laut Gred AL41
Pegawai Laut Gred AL41 bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal-ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.
2172-03
Jurumudi Hoverkraf
Jurumudi Hoverkraf memberi arahan dan mengemudi kapal serta melaksanakan fungsi-fungsi yang berkaitan di pelabuhan.
2172-05
Kapten Pelabuhan
Kapten Pelabuhan ialah seorang profesional maritim kanan yang bertanggungjawab untuk menyelia dan menyelaras pelbagai aspek operasi kapal dalam pelabuhan atau terminal tertentu. Peranan ini melibatkan memastikan ketibaan, pelepasan dan pengendalian kapal yang selamat dan cekap, serta pematuhan kepada peraturan dan piawaian industri yang berkaitan.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan