Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
3641-15
Eksekutif Sous Chef
Eksekutif Sous Chef bertanggungjawab untuk merancang dan menguruskan penyediaan makanan di dapur restoran. melaksanakan pelbagai tugas termasuk merancang menu, melatih kakitangan baharu dan merekod inventori.
3641-16
Penolong Eksekutif Penyedia Makanan
Penolong Eksekutif Persediaan Makanan membantu dalam mengawasi operasi persiapan makanan, memastikan pematuhan kepada resipi, standard kualiti, dan aliran kerja dapur yang cekap dalam sebuah premis perhotelan.
3641-17
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 bertanggungjawab dalam pengurusan penyediaan makanan, merancang perbelanjaan, merancang menu, menyelia pengendalian makanan termasuk kebersihan dan keselamatan makanan
4214-01
Pemungut Bayaran
Pemungut Bayaran menjejaki penghutang melalui telefon atau pos dan membantu mereka membuat pembayaran dengan merundingkan rancangan pembayaran balik, dan mendorong mereka untuk mencari penyelesaian pembayaran alternatif.
4214-02
Pemungut Bil
Pemungut Bil mendengar sebab-sebab penghutang tidak membayar bil mereka dan cuba membantu mereka menyelesaikan bil tertunggak dengan merundingkan pelan pembayaran balik.
4214-03
Pemungut Derma
Pemungut Derma memungut sewa, bayaran lebih tempoh, cek tidak laku dan memungut bayaran untuk kerja amal.
4214-04
Pemungut Hutang
Pemungut Hutang menguruskan pelbagai akaun tertunggak untuk usaha pengumpulan hutang.
4214-05
Pemungut Sewa
Kerani Sewa menerima pesanan untuk perkhidmatan sewaan. Mereka juga bertanggungjawab  menerangkan pilihan yang ada, mengira kos dan menerima pembayaran. 
4214-06
Kerani Sewa
Kerani Sewa memungut sewa, bayaran lebih tempoh, cek tidak laku dan memungut bayaran untuk kerja amal.
4214-07
Kerani Sewa Kenderaan Berat
Kerani Sewa Kenderaan Berat memungut sewa, bayaran lebih tempoh, cek tidak laku dan memungut bayaran untuk kerja amal.
4214-08
Kerani Sewa Kereta
Kerani Sewa Kereta memungut sewa, bayaran lebih tempoh, cek tidak laku dan memungut bayaran untuk kerja amal.
4222-03
Penyelia Perkhidmatan Pelanggan
Penyelia Perkhidmatan Pelanggan memberi arahan kepada Bahagian Khidmat Pelanggan dengan menugaskan, mengarahkan dan menilai kerja kakitangan. 
4222-05
Pembantu Perkhidmatan Pelanggan
Pembantu Perkhidmatan Pelanggan bertanggungjawab untuk membantu pelanggan dalam pelbagai aktiviti, seperti membuat pembelian, membuat pesanan, mendapatkan nasihat, membuat aduan atau mencari maklumat.
4224-02
Penyambut Tetamu Perubatan
Penyambut Tetamu Perubatan bertanggungjawab untuk kelancaran keseluruhan klinik atau hospital.
4224-14
Concierge
Concierge menerima dan mengalu-alukan pelawat, pelanggan, tetamu atau pesakit, dan melayani pertanyaan dan permintaan termasuk mengatur janji temu, serta menyediakan maklumat berhubung dengan perkhidmatan hotel atau pertubuhan yang seumpamanya.
4224-15
Ketua, Concierge
Ketua, Concierge menerima dan mengalu-alukan pelawat, pelanggan, tetamu atau pesakit, dan melayani pertanyaan dan permintaan termasuk mengatur janji temu, serta menyediakan maklumat berhubung dengan perkhidmatan hotel atau pertubuhan yang seumpamanya.
4312-01
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.
4312-02
Pembantu Eksekutif (Kewangan) Gred 3
Pembantu Eksekutif (Kewangan) Gred 3 mendapatkan, menyusun dan menghitung data perangkaan atau data aktuari, atau melaksanakan tugas perkeranian berhubung dengan transaksi insurans, bank, dan pertubuhan kewangan lain.
4312-34
Pembantu E-Dagang
Pembantu E-Dagang menyediakan sokongan teknikal dalam bentuk pengekodan bahasa penanda hiperteks(HTML), pelaksanaan piksel dan persediaan pelaporan berskala penuh
4312-35
Pembantu Pajakan
Pembantu Pajakan mengendalikan semua tugas sehari-hari yang terlibat dalam pajakan harta komersil. Mereka biasanya bekerja dengan tuan tanah dan penyewa untuk membantu mereka mencari harta tanah yang sesuai, merundingkan syarat pajakan, dan menyelesaikan tugas lain yang berkaitan.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan