Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
4222-04
Kerani Pusat Panggilan
Kerani Pusat Panggilan bertanggungjawab menjawab panggilan pelanggan, mendengar kebimbangan mereka dan menyelesaikan masalah. Mereka mengendalikan perbualan telefon masuk dan keluar dengan pelanggan untuk memastikan semua  bantuan yang diperlukan diterima dengan segera oleh pelanggan.
4222-05
Pembantu Perkhidmatan Pelanggan
Pembantu Perkhidmatan Pelanggan bertanggungjawab untuk membantu pelanggan dalam pelbagai aktiviti, seperti membuat pembelian, membuat pesanan, mendapatkan nasihat, membuat aduan atau mencari maklumat.
4222-06
Ejen Pusat Panggilan (Perkhidmatan Pelanggan)
Ejen Pusat Panggilan (Perkhidmatan Pelanggan) memberi nasihat dan maklumat kepada pelanggan, menjawab pertanyaan berhubung dengan barangan, perkhidmatan atau dasar organisasi dan memproses transaksi kewangan kepada pelanggan menggunakan telefon atau media komunikasi elektronik seperti emel. Mereka berada di premis yang mungkin jauh dari pelanggan.
4222-07
Kerani Pusat Perhubungan Informasi Pelanggan
Kerani Pusat Perhubungan Informasi Pelanggan memberi nasihat dan maklumat kepada pelanggan, menjawab pertanyaan mengenai barangan, perkhidmatan atau dasar syarikat atau organisasi, dan memproses transaksi kewangan menggunakan telefon atau media komunikasi elektronik seperti e-mel.
4223-01
Operator Perkhidmatan Telekomunikasi
Operator Perkhidmatan Telekomunikasi menguruskan panggilan masuk, mengumpul data yang diperlukan, mempunyai kemahiran menaip yang cepat dan tepat, memindahkan panggilan ke tempat yang diperlukan, serta merekod perbualan.
4224-01
Penyambut Tetamu
Penyambut Tetamu mengendalikan pelbagai tugas sokongan pentadbiran, termasuk menjawab telefon, menerima pelawat, menyediakan bilik mesyuarat dan latihan, menyusun dan mengedarkan mel, dan membuat rancangan perjalanan.
4224-02
Penyambut Tetamu Perubatan
Penyambut Tetamu Perubatan bertanggungjawab untuk kelancaran keseluruhan klinik atau hospital.
4224-04
Penyambut Tetamu Telefon
Penyambut Tetamu Telefon bertanggungjawab untuk menjawab telefon dan berurusan dengan panggilan dengan sewajarnya.
4224-10
Penyambut Tetamu Hotel
Penyambut Tetamu Hotel mengalu-alukan tetamu, memeriksa tetamu masuk dan keluar dari hotel, berurusan dengan pertanyaan tetamu, menyediakan perkhidmatan tetamu yang cepat dan profesional untuk memenuhi keperluan tetamu dan memastikan kepuasan tetamu.
4224-12
Pembantu Tempahan
Pembantu Tempahan bertanggungjawab untuk membantu pelanggan membuat tempahan untuk pelbagai perkhidmatan atau penginapan.
4224-13
Penyelia Tempahan
Penyelia Tempahan bertanggungjawab untuk mengawasi dengan membuat tempahan untuk pelbagai perkhidmatan atau penginapan.
4224-14
Concierge
Concierge menerima dan mengalu-alukan pelawat, pelanggan, tetamu atau pesakit, dan melayani pertanyaan dan permintaan termasuk mengatur janji temu, serta menyediakan maklumat berhubung dengan perkhidmatan hotel atau pertubuhan yang seumpamanya.
4224-15
Ketua, Concierge
Ketua, Concierge menerima dan mengalu-alukan pelawat, pelanggan, tetamu atau pesakit, dan melayani pertanyaan dan permintaan termasuk mengatur janji temu, serta menyediakan maklumat berhubung dengan perkhidmatan hotel atau pertubuhan yang seumpamanya.
4224-17
Pembantu Perkhidmatan Tetamu
Pembantu Perkhidmatan Tetamu memastikan pengalaman positif untuk tetamu semasa penginapan mereka di hotel, resort atau tempat penginapan lain.
4224-18
Ejen Tempahan
Ejen Tempahan bertanggungjawab untuk membantu pelanggan membuat tempahan untuk pelbagai perkhidmatan.
4225-01
Pembantu Tadbir (Khidmat Pelanggan) Gred 21
Pembantu Tadbir (Khidmat Pelanggan) Gred 21 melayani pertanyaan peribadi, bertulis dan mel elektronik, serta menjawab pertanyaan dan aduan melalui telefon berhubung dengan barangan, perkhidmatan atau dasar organisasi serta menyediakan maklumat dan merujuk kepada sumber lain. Mereka ditempatkan di premis yang membolehkan mereka berhubung secara langsung dengan pelanggan.
4225-02
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di peringkat agensi berkaitan seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran) melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan agensi dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.
4225-03
Kerani Aduan Pelanggan
Kerani Aduan Pelanggan mengendalikan aduan dan bertanggungjawab untuk mengekalkan muhibah keseluruhan antara organisasi dan pelanggannya. Mereka menguruskan data mengenai kepuasan pelanggan dan melaporkannya.
4225-05
Kerani Maklumat
Kerani Maklumat memberi maklumat kepada pelanggan melalui telefon dan media lain seperti e-mel. Mereka menjawab pertanyaan tentang perkhidmatan, produk dan dasar syarikat atau organisasi.
4225-06
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred 14
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred 14 melayani pertanyaan peribadi, bertulis dan mel elektronik, serta menjawab pertanyaan dan aduan melalui telefon berhubung dengan barangan, perkhidmatan atau dasar organisasi serta menyediakan maklumat dan merujuk kepada sumber lain. Mereka ditempatkan di premis yang membolehkan mereka berhubung secara langsung dengan pelanggan.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan