Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
1214-13
Pengurus Kemampanan
Pengurus Kemampanan bertanggungjawab untuk memastikan kemampanan proses perniagaan. Mereka menyediakan bantuan dalam reka bentuk dan pelaksanaan rancangan dan langkah untuk memastikan proses pembuatan dan produk mematuhi peraturan alam sekitar dan piawaian tanggungjawab sosial yang diberikan dan mereka memantau dan melaporkan pelaksanaan strategi kemampanan dalam rantaian bekalan syarikat dan proses perniagaan. Mereka menganalisis isu yang dikaitkan dengan proses pembuatan, penggunaan bahan, pengurangan sisa, kecekapan tenaga dan kebolehkesanan produk untuk meningkatkan kesan alam sekitar dan sosial serta menyepadukan aspek kemampanan ke dalam budaya syarikat.&nbsp;<br>&nbsp;
1214-14
Pengurus Projek
Pengurus Projek melaksanakan aktiviti merancang, mengatur, mengamankan, memantau dan mengurus sumber dan kerja yang diperlukan untuk menyampaikan matlamat dan objektif projek tertentu dengan cara yang berkesan dan cekap.
1214-16
Pengurus Teknologi
Pengurus Teknologi merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-17
Ketua Pegawai Perniagaan
Ketua Pegawai Perniagaan menguruskan perkhidmatan pelanggan, pembangunan produk, jualan, pemasaran dan sumber manusia. Ketua pegawai kewangan (CBO) dan CEO sering bekerjasama rapat sebagai inisiatif untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan.
1311-01
Pengurus Taman/Ladang Gred G41
Pengurus Taman/Ladang Gred G41 bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan taman seperti pendidikan, pembangunan, penguatkuasaan, eko-pelancongan, penyelenggaraan dan sebagainya. bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi pengeluaran berkaitan pertanian, hortikultur dan perhutanan dalam skala besar untuk menanam dan menuai tanaman, dan menternak dan membiak baka ternakan.
1311-02
Pengurus Perhutanan
Pengurus Perhutanan bertanggungjawab mengurus hutan dan mengawasi kegiatan seperti pengeluaran kayu, pemuliharaan dan rekreasi. Mereka menyelenggara dan mengurus pelbagai isu yang berkaitan dengan kawasan hutan, seperti kepentingan komersial, biodiversiti dan akses awam.
1311-03
Pengurus Ladang
Pengurus Ladang mengurus, memantau dalam membuat keputusan serta merancang operasi harian, sumber dan pengurusan perniagaan ladang.
1311-04
Pengurus Hortikultur
Pengurus Hortikultur merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi seni penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, bunga hiasan dan lanskap atau mengubah keadaan persekitaran rumah hijau.&nbsp;
1311-06
Pengurus Pertanian
Pengurus Pertanian mengarah dan menyelaras pengeluaran dalam operasi pertanian berskala besar seperti perladangan dan koperasi pertanian untuk menanam dan menuai tanaman.
1311-08
Pengurus Penternakan
Pengurus Penternakan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi pengeluaran berkaitan penternakan serta menganalisis data statistik, kajian dan laporan untuk mengenal pasti dan menentukan punca masalah dan memberi cadangan penambahbaikan sistem, prosedur, atau program penternakan.
1311-11
Pengurus Veterinar
Pengurus Veterinar merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras program kesihatan haiwan, projek pengeluaran haiwan, mengurus tempat penyembelihan &amp; pemprosesan serta memberi khidmat nasihat. Mereka memberi rawatan terbaik kepada haiwan yang dirawat / dikendalikan oleh klinik / hospital.
1311-13
Pengurus Pengeluaran Ternakan Halal
Pengurus Pengeluaran Ternakan Halal bertanggungjawab merancang dan menjalankan operasi ternakan dan ladang Halal untuk memaksimumkan produktiviti dan pengeluaran ternakan halal.
1311-14
Pengurus Padang, Rumput
Pengurus Padang, Rumput merancang, menyusun dan menyelenggara rumput yang digunakan di padang golf atau lanskap. Bertanggungjawab untuk merancang pembaikan, memulihkan padang dan mengawal kawalan perosak.
1311-15
Pengurus Penetasan
Pengurus Penetasan mengawasi semua aspek penetasan ayam dan itik. Mereka mengurus dan menyelaras aktiviti penetasan seperti pengambilan dan penghantaran telur, penjagaan, pengeraman dan penetasan, penggredan, vaksinasi, penyediaan dan penghantaran anak ayam dan itik.
1312-02
Pengurus Pengeluaran dan Operasi Perikanan
Pengurus Pengeluaran dan Operasi Perikanan merancang, mengarah dan menyelaras pengeluaran dalam operasi perikanan berskala besar untuk menangkap dan menuai ikan.
1312-03
Pengurus Operasi Akuakultur
Pengurus Operasi Akuakultur merancang, mengarahkan dan menyelaras pengeluaran ikan (semua spesies ikan bersirip, krustasia, moluska, mamalia akuatik termasuk telur dan benihnya).&nbsp;&nbsp;
1321-01
Pengurus Pembuatan
Pengurus Pembuatan bertanggungjawab menyelaras dan menyelia proses pembuatan dalam sesebuah organisasi. Mereka memastikan produk dan perkhidmatan dihasilkan dengan cekap dalam jangka masa dan peruntukan yang diberikan.
1322-01
Pengurus Pengeluaran dan Operasi, Perlombongan
Pengurus Pengeluaran dan Operasi, Perlombongan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti berkaitan perlombongan dan kuari serta memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan serta memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi.
1322-03
Pengurus Pengeluaran dan Operasi, Pengekstrakan Minyak dan Gas
Pengurus Pengeluaran dan Operasi, Pengekstrakan Minyak dan Gas menyelaras dan melaksanakan jadual dan rancangan pengeluaran minyak dan gas jangka pendek dan sederhana, seperti penggerudian, operasi pengekstrakan dan pengurusan sisa.
1322-07
Pengurus Pemasangan Luar Pesisir
Pengurus Pemasangan Luar Pesisir merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti berkaitan perlombongan dan kuari serta memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan serta memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan