Carian Terkini
Kod MASCO
1312-03
Bandingkan
Pengurus Operasi Akuakultur
STEM
Pengurus Operasi Akuakultur merancang, mengarahkan dan menyelaras pengeluaran ikan (semua spesies ikan bersirip, krustasia, moluska, mamalia akuatik termasuk telur dan benihnya).  
Nama Alternatif
Pengurus Perikanan
Pengurus Ladang Marin
Pengurus Penetasan Marin
Pengurus Ladang Air Tawar
Pengurus Penetasan Air Tawar
Ketua Operasi Hiasan
Ketua Operasi Tumbuhan Akuatik
Tugasan
menguruskan jadual pembiakan dan penuaian serta memantau kesihatan ikan
memastikan kualiti air dan tahap oksigen sesuai untuk hidupan akuatik
Mengawalselia serta memantau perangkap dan peneluran ikan, inkubasi telur, dan penternakan anak ikan menggunakan pengetahuan tentang pengurusan dan teknik mengkultur ikan.
Mengendalikan dan menyelia pemeriksaan stok untuk mengenal pasti penyakit atau parasit
Menyelia dan melatih pekerja sokongan akuakultur dan penetasan ikan.
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • A032-002-5:2018
    Pengurusan Ternakan Akuakultur Marin
  • AF-033-5:2012
    Pengurusan Pengeluaran Benih Ikan Air Tawar
  • A032-001-5:2017
    Pengurusan Ternakan Akuakultur Air Tawar
  • AF-032-5
    Pengurus Akuakultur (Ikan Hiasan)
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0811
    Penghasilan Tanaman dan Ternakan
  • 0831
    Perikanan
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pengurusan Masa
kemahiran menggunakan masa dengan berkesan sebelum tarikh akhir.
Khusus
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Perladangan
keupayaan untuk menanam tanaman dan menternak.
Peruntukan
kemahiran merancang dan memperuntukkan sumber kewangan perniagaan atau jabatan untuk tempoh perniagaan seterusnya.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan