Carian Terkini
Kod MASCO
1311
Bandingkan
Pengurus Pengeluaran Pertanian, Perhutanan, Dan Penternakan
Pengurus Pengeluaran Pertanian, Perhutanan dan Penternakan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi pengeluaran berkaitan pertanian, hortikultur dan perhutanan dalam skala besar untuk menanam dan menuai tanaman, dan menternak dan membiak baka ternakan
Nama Alternatif
Tugasan
memantau aktiviti pasaran pertanian dan perhutanan, dan merancang pengeluaran untuk memenuhi keperluan dan permintaan pasaran
berbincang dengan pembeli untuk mengatur penjualan tanaman dan ternakan
menentukan dan menguruskan peruntukan bajet, memantau pengeluaran dan merekodkan maklumat seperti amalan pengurusan ladang, dan menyediakan laporan kewangan dan operasi
menganalisis data statistik, kajian dan laporan untuk mengenal pasti dan menentukan punca masalah dan memberi cadangan penambahbaikan sistem, prosedur, atau program pertanian
bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan taman seperti pendidikan, pembangunan, penguatkuasaan, eko-pelancongan, penyelenggaraan dan sebagainya
mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
menjalankan tugas yang berkaitan
mengenal pasti dan mengawal persekitaran kawasan pertanian dan hutan daripada toksin, rumpai, perosak dan penyakit
mengurus operasi pertanian seperti memastikan bangunan, sistem bekalan air dan peralatan dalam keadaan baik
membeli jentera, peralatan dan bekalan seperti traktor, benih, baja dan bahan kimia
mengikat kontrak dengan petani atau pemilik bebas untuk pengeluaran tanaman dan ternakan, atau untuk pengurusan pengeluaran
merancang jenis, intensiti dan kaedah operasi perladangan (contohnya menentukan masa terbaik untuk penanaman, semburan dan penuaia
menganalisis tanah untuk menentukan jenis dan kuantiti baja yang diperlukan untuk pengeluaran maksimum
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan