Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
2264-12
Pengajar Jurupulih Anggota
Pengajar Jurupulih Anggota profesional kesihatan autonomi yang bertanggungjawab untuk membangunkan, mengekalkan atau memulihkan fungsi motor dan pergerakan sepanjang hayat menggunakan amalan berasaskan bukti. Mereka melegakan kesakitan dan merawat atau mencegah keadaan fizikal yang berkaitan dengan kecederaan, penyakit atau kecacatan lain.
2264-13
Pegawai Jurupulih Anggota Gred 23
Pegawai Jurupulih Anggota Gred 23 menilai, merancang dan menjalankan program-program pemulihan untuk memperbaiki atau memulihkan fungsi otot manusia, meningkatkan keupayaan pergerakan, melegakan sindrom kesakitan, dan merawat atau mencegah ketidakfungsian yang dikaitkan dengan kecederaan, penyakit dan kecacatan lain. Mereka menggunakan pelbagai terapi fizikal dan teknik seperti pergerakan, ultrabunyi, pemanasan, laser, dan teknik-teknik lain.
2264-15
Kiropraktor
Kiropraktor ialah profesional penjagaan kesihatan yang menggunakan teknik untuk mengurangkan masalah dalam sistem neuromuskuloskeletal pesakit. Mereka melakukan pelarasan tulang belakang, menggunakan terapi urut, dan juga teknik seperti ultrasound untuk mengurangkan kesakitan atau ketegangan yang dialami pesakit.
2264-16
Osteopati
Pakar Osteopati mencegah, mendiagnosis dan merawat pelbagai masalah kesihatan menggunakan terapi manual, senaman dan nasihat.
2265-01
Pegawai Dietetik Gred U41
Pegawai Dietetik Gred U41 bertanggungjawab dalam proses penjagaan nutrisi seperti preskripsi pemakanan, pemantauan dan penilaian pemakanan bagi setiap pesakit dalam atau pesakit luar yang dirujuk oleh doktor. Mereka menyumbang kepada program/aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital, klinik-klinik kesihatan dan organisasi.
2265-02
Pakar Dietetik
Pakar Dietetik merancang dan menyelia penyediaan diet kepada individu atau kumpulan, menyelia dan menilai program kesihatan serta membantu menilai pelbagai faktor yang berkaitan dengan masalah nutrisi dan makanan dalam masyarakat.
2265-06
Pakar Nutrisi
Pakar Nutrisi merancang dan menyelia penyediaan diet kepada individu atau kumpulan, menyelia dan menilai program kesihatan serta membantu menilai pelbagai faktor yang berkaitan dengan masalah nutrisi dan makanan dalam masyarakat.
2265-14
Pegawai Penyediaan Makanan Gred C41
Pegawai Penyediaan Makanan Gred C41 bertanggungjawab dalam pengurusan merancang menu dan perolehan bahan makanan yang diperlukan dalam resipi piawai dan memastikan makanan disediakan selamat, bersih dan berkualiti dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
2266-01
Pegawai Audiologi
Pegawai Audiologi menilai, mengurus dan merawat gangguan fizikal yang menjejaskan pendengaran, pertuturan dan komunikasi manusia. Mereka memberikan peralatan yang betul atau terapi pemulihan bagi masalah kehilangan pendengaran, gangguan pertuturan dan masalah berkaitan deria dan saraf, dan memberi kaunseling mengenai pendengaran dan komunikasi yang selamat.
2267-01
Pegawai Optometri Gred U41
Pegawai Optometri Gred U41 melaksanakan pemeriksaan mata (Optometris dan Orthoptic, perkhidmatan kanta sentuhan, mengukur ‘K-Reading' dan ujian penglihatan warna di hospital-hospital Kerajaan.
2267-02
Optometris
Optometris memeriksa dan memberi rawatan pada mata dan sistem visual yang mengalami gangguan serta memberi nasihat tentang penjagaan mata dan mengesyorkan bantuan optik atau terapi lain.
2268-01
Jurupulih Pekerjaan
Jurupulih Pekerjaan membantu mereka pada semua peringkat umur yang mempunyai masalah fizikal, mental atau sosial untuk menyesuaikan diri dengan sebarang aspek kehidupan bagi menjalankan kehidupan dengan lebih produktif, berdikari dan bermakna. Masalah mungkin bermula sejak lahir atau disebabkan oleh faktor kecederaan, penyakit, kecacatan dan keuzuran.
2268-02
Pegawai Jurupulih Kerja Gred 23
Pegawai Jurupulih Kerja Gred 23 membantu mereka pada semua peringkat umur yang mempunyai masalah fizikal, mental atau sosial untuk menyesuaikan diri dengan sebarang aspek kehidupan bagi menjalankan kehidupan dengan lebih produktif, berdikari dan bermakna. Masalah mungkin bermula sejak lahir atau disebabkan oleh faktor kecederaan, penyakit, kecacatan dan keuzuran.
2268-03
Pengurus Kes Gred 23
Pengurus Kes Gred 23 bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawasi penjagaan dan perkhidmatan yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan kerana isu kesihatan, ketidakupayaan, kebimbangan undang-undang, atau cabaran lain.
2269-01
Juru X-Ray Gred U41
Juru X-Ray Gred U41 bertanggungjawab menghasilkan imej perubatan untuk membantu pakar dan Pegawai Perubatan dalam mendiagnos penyakit, menilai imej dan radiografi yang dihasilkan serta menguruskan hal-hal berkaitan permohonan pemeriksaan radiografi.<br>&nbsp;
2269-04
Pakar Perfusi
Pakar Perfusi ialah ahli teknologi perubatan profesional yang membantu pasukan pembedahan kardiovaskular dengan menjalankan mesin jantung-paru-paru atau mesin pintasan kardiopulmonari semasa prosedur pembedahan. Mereka biasanya bekerja di bilik bedah di hospital. Selain menjalankan mesin pintasan, pakar perfusi memantau tanda-tanda vital dan memberikan ubat-ubatan.
2269-05
Penolong Pegawai Perubatan Gred U41
Penolong Pegawai Perubatan Gred U41 bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek kuratif, preventif pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Memberi rawatan kuratif, preventif pencegahan serta perkhidmatan bantuan kecemasan di pusat-pusat kesihatan termasuk Dispensari Statik dan Bergerak, Jabatan Pesakit Luar Kesihatan Am dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan. Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada pegawai perubatan, memberi perkhidmatan bantuan di pelbagai Jabatan Kepakaran, institusi-institusi wad dan program-program lain.
2269-09
Penyelaras Ujian Klinikal
Penyelaras Ujian Klinikal bertanggungjawab untuk mengawasi operasi harian ujian dan kajian klinikal. Mereka menghadiri seminar dan acara untuk mempromosikan kajian, merekrut dan menyaring peserta kajian, serta mendokumentasikan dan melaporkan operasi harian kajian. Mereka mungkin bekerja untuk syarikat farmasi, jabatan penyelidikan hospital, atau perniagaan swasta.
2269-10
Juruanalisis Penjagaan Kesihatan
Juruanalisis Penjagaan Kesihatan menilai data perubatan untuk meningkatkan perkhidmatan hospital dan kemudahan perubatan. Juga dikenali sebagai penganalisis data penjagaan kesihatan, mereka menyediakan laporan status, membuat proses penyimpanan rekod, dan menilai data dari pelbagai sumber.
2269-11
Ahli Terapi Radiasi Perubatan
Ahli Terapi Radiasi Perubatan bertanggungjawab merancang dan menyampaikan dos terapeutik sinaran mengion seperti yang ditetapkan oleh pakar onkologi sinaran.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan