Carian Terkini
Kod MASCO
2267-02
Bandingkan
Optometris
STEM
Optometris memeriksa dan memberi rawatan pada mata dan sistem visual yang mengalami gangguan serta memberi nasihat tentang penjagaan mata dan mengesyorkan bantuan optik atau terapi lain.
Nama Alternatif
Tugasan
memberi nasihat tentang penggunaan cermin mata dan kanta lekap yang betul, pencahayaan yang sesuai semasa bekerja atau membaca dan alat bantuan pandang yang lain
menentukan cermin mata dan kanta lekap atau rawatan lain untuk memperbaiki penglihatan
merawat dan mengendalikan anomali tersebut menggunakan cermin mata, kanta sentuh, prisma, terapi visual dan low vision devices di samping menjadi perunding dalam masalah penglihatan warna secara profesional di dalam industri, pemanduan jalan raya serta memberi khidmat nasihat
menjalankan pemeriksaan mata untuk mengesan anomali fungsi penglihatan
merujuk pelanggan yang mempunyai tanda-tanda penyakit okulus kepada pakar perubatan
memasang kanta yang telah ditentukan ke dalam bingkai dan menyesuaikan bingkai atau kanta lekap pada pelanggan
memeriksa mata dan menjalankan ujian penglihatan untuk menentukan sifat dan tahap masalah keabnormalan penglihatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0914
    Diagnostik Perubatan dan Teknologi Rawatan
  • 0915
    Terapi dan Rehabilitasi
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Penjagaan pesakit
kemahiran dalam perkhidmatan yang diberikan oleh anggota kesihatan dan bukan profesional di bawah penyeliaan mereka untuk rawatan pesakit.
Terapi Penglihatan
kemahiran dalam meningkatkan kemahiran penglihatan seperti kawalan pergerakan mata dan koordinasi mata.
Tonometry
kemahiran mengukur tekanan di dalam mata, mengesan glaukoma dan menguji keberkesanan rawatan glaukoma.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan