Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
1222-14
Pengurus Pelancongan
Pengurus Pelancongan bertanggungjawab untuk menganjurkan, merancang dan menjalankan ekspedisi jarak jauh bagi perjalanan dan lawatan untuk kumpulan atau individu. Mereka memastikan perjalanan berjalan lancar dari tempat ke tempat tanpa sebarang isu.
1222-15
Pengurus Majlis
Pengurus Majlis merancang dan mengatur promosi, perniagaan dan majlis sosial. Mereka menjalankan pelbagai majlis dan memastikan khalayak mengambil bahagian.
1222-16
Pengurus Tinjauan Soal Selidik
Pengurus Tinjauan menggunakan sebilangan besar peserta untuk mendapatkan pendapat, mengumpulkan data, atau melakukan pengukuran
1223-01
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti penyelidikan dan pembangunan, sama ada secara dalaman atau yang ditugaskan daripada organisasi penyelidikan luar, untuk membangunkan atau meningkatkan kaedah proses teknikal, produk, pengetahuan, atau penggunaan bahan-bahan.
1223-04
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan, Pengilangan Makanan Halal
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan, Pengilangan Makanan Halal bertanggungjawab untuk penyelidikan dan pembangunan produk makanan atau pemprosesan Halal untuk memenuhi inisiatif perniagaan yang tertumpu pada pertumbuhan, peningkatan kos dan kualiti.
1223-05
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan, Industri Halal
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan, Industri Halal merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti penyelidikan dan pembangunan Halal organisasi, atau perusahaan yang menyediakan perkhidmatan pembangunan kepada perusahaan dan organisasi lain.
1311-01
Pengurus Taman/Ladang Gred G41
Pengurus Taman/Ladang Gred G41 bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan taman seperti pendidikan, pembangunan, penguatkuasaan, eko-pelancongan, penyelenggaraan dan sebagainya. bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi pengeluaran berkaitan pertanian, hortikultur dan perhutanan dalam skala besar untuk menanam dan menuai tanaman, dan menternak dan membiak baka ternakan.
1311-02
Pengurus Perhutanan
Pengurus Perhutanan bertanggungjawab mengurus hutan dan mengawasi kegiatan seperti pengeluaran kayu, pemuliharaan dan rekreasi. Mereka menyelenggara dan mengurus pelbagai isu yang berkaitan dengan kawasan hutan, seperti kepentingan komersial, biodiversiti dan akses awam.
1311-03
Pengurus Ladang
Pengurus Ladang mengurus, memantau dalam membuat keputusan serta merancang operasi harian, sumber dan pengurusan perniagaan ladang.
1311-04
Pengurus Hortikultur
Pengurus Hortikultur merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi seni penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, bunga hiasan dan lanskap atau mengubah keadaan persekitaran rumah hijau. 
1311-06
Pengurus Pertanian
Pengurus Pertanian mengarah dan menyelaras pengeluaran dalam operasi pertanian berskala besar seperti perladangan dan koperasi pertanian untuk menanam dan menuai tanaman.
1311-08
Pengurus Penternakan
Pengurus Penternakan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi pengeluaran berkaitan penternakan serta menganalisis data statistik, kajian dan laporan untuk mengenal pasti dan menentukan punca masalah dan memberi cadangan penambahbaikan sistem, prosedur, atau program penternakan.
1311-11
Pengurus Veterinar
Pengurus Veterinar merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras program kesihatan haiwan, projek pengeluaran haiwan, mengurus tempat penyembelihan & pemprosesan serta memberi khidmat nasihat. Mereka memberi rawatan terbaik kepada haiwan yang dirawat / dikendalikan oleh klinik / hospital.
1311-13
Pengurus Pengeluaran Ternakan Halal
Pengurus Pengeluaran Ternakan Halal bertanggungjawab merancang dan menjalankan operasi ternakan dan ladang Halal untuk memaksimumkan produktiviti dan pengeluaran ternakan halal.
1311-14
Pengurus Padang, Rumput
Pengurus Padang, Rumput merancang, menyusun dan menyelenggara rumput yang digunakan di padang golf atau lanskap. Bertanggungjawab untuk merancang pembaikan, memulihkan padang dan mengawal kawalan perosak.
1311-15
Pengurus Penetasan
Pengurus Penetasan mengawasi semua aspek penetasan ayam dan itik. Mereka mengurus dan menyelaras aktiviti penetasan seperti pengambilan dan penghantaran telur, penjagaan, pengeraman dan penetasan, penggredan, vaksinasi, penyediaan dan penghantaran anak ayam dan itik.
1312-02
Pengurus Pengeluaran dan Operasi Perikanan
Pengurus Pengeluaran dan Operasi Perikanan merancang, mengarah dan menyelaras pengeluaran dalam operasi perikanan berskala besar untuk menangkap dan menuai ikan.
1312-03
Pengurus Operasi Akuakultur
Pengurus Operasi Akuakultur merancang, mengarahkan dan menyelaras pengeluaran ikan (semua spesies ikan bersirip, krustasia, moluska, mamalia akuatik termasuk telur dan benihnya).  
1321-01
Pengurus Pembuatan
Pengurus Pembuatan bertanggungjawab menyelaras dan menyelia proses pembuatan dalam sesebuah organisasi. Mereka memastikan produk dan perkhidmatan dihasilkan dengan cekap dalam jangka masa dan peruntukan yang diberikan.
1411-02
Pengurus Asrama Gred N41
Pengurus Asrama Gred N41 bertanggungjawab merancang, mengurus, memastikan pelaksanaan pengurusan kolej kediaman, memantau pentadbiran am dan sumber manusia, penempatan dan makanan pelajar, menyelenggara bangunan serta membangunkan sahsiah diri pelajar. Turut bertanggungjawab menasihati pengurusan atasan (Tribunal Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar / Pihak Pengurusan Institusi Latihan) mengenai hal-hal pengurusan kolej kediaman dan pembangunan pelajar, pengurusan atasan sama ada melulus atau menolak permohonan penginapan pelajar.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan