Carian Terkini
Kod MASCO
0111-01
Bandingkan
Pegawai Perubatan
Pegawai Perubatan dikategorikan sebagai kumpulan bantuan tempur yang memberi khidmat bantuan perubatan kepada kumpulan tempur di barisan hadapan semasa peperangan. Walau bagaimanapun semasa aman kumpulan ini menyediakan perkhidmatan perubatan mengikut keutamaan kepada warga ATM yang terdiri daripada anggota ATM, keluarga, bekas anggota tentera serta orang awam yang memerlukan perkhidmatan. Di samping itu juga Pegawai Tugas Ikhtisas terlibat secara aktif di dalam projek jiwa murni di kawasan luar bandar.
Nama Alternatif
Tugasan
membantu operasi bantuan bencana alam dan misi kemanusiaan di bawah Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB)
pengurusan dan pentadbiran Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) dan Hospital Angkatan Tentera (HAT)
menyediakan perkhidmatan rawatan kepada anggota ATM, keluarga, bekas anggota tentera serta orang awam
memberi rawatan kepada warga luar bandar semasa projek jiwa murni
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan