Carian Terkini
Kod MASCO
1112-04
Bandingkan
Peguam Negara
Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan. Peranan, tanggungjawab,perlantikan dan pemecatan beliau diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan iaitu daripada perkara 145(1) sehingga perkara 145(4).
Nama Alternatif
Tugasan
Perkara 145(1) memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik seseorang yang berkelayakan untuk menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara dan atas nasihat daripada Perdana Menteri.
Perkara 145(2) menyentuh mengenai kuasa Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri atau Menteri-Menteri lain berkaitan dengan apa-apa sahaja undang-undang atau melaksanakan apa-apa sahaja tugas yang berkaitan dengan undang-undang. Peguam Negara juga merujuk atau mengetahui tugas yang diberikan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Perkara 145(3A) memperuntukan kuasa undang-undang untuk memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk menentukan mahkamah bagi menjalankan apa-apa prosiding dan peguam kuasa berkuasa untuk memulakan prosiding seperti yang diperuntukan dalam perkara 145(3) dan jika terdapat prosiding lain hendak dijalankan di mahkamah itu, maka prosiding itu perlu dipindahkan.
perkara 145(4) menyatakan pada melaksanakan tugasnya Peguam Negara berhak untuk didengar di dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di Persekutuan dan hendaklah diberi keutamaan daripada mana-mana orang lain yang hadir di hadapan mahkamah atau tribunal itu.
perkara 145, keseluruhannya bidang kuasa Peguam Negara meliputi menjadi penasihat utama tentang undang-undang kepada kerajaan. Peguam Negara juga merupakan pendakwa raya dan diberi kuasa untuk memula, menjalankan atau memberhentikan mana-mana prosiding jenayah kecuali di Mahkamah Syariah, Mahkamah Bumiputera dan Mahkamah Tentera. Peguam Negara juga bertanggungjawab bagi penggubalan perundangan bagi Kerajaan Persekutuan dan juga peguam bagi kerajaan di mahkamah dan berhak didengar di mana-mana mahkamah. Peguam negara juga bertugas merangka rang undang-undang Parlimen.
Perkara 145(3) pula memperuntukkan kuasa Peguam Negara yang boleh dijalankan mengikut budi bicaranya iaitu untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding jenayah yang membabitkan sesuatu kesalahan selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • 0312
    Dasar Awam dan Sains Politik
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0421
    Undang-Undang
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Berunding
kemahiran menyatukan orang lain dan berusaha mendamaikan.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analisis Undang-Undang
kemahiran dalam merujuk kepada kenyataan oleh mahkamah, pegawai kehakiman atau pakar undang-undang tentang kesahihan sesuatu tindakan, syarat atau niat.
Pengurusan krisis
kemahiran menangani kejadian yang mengganggu dan tidak dijangka yang mengancam untuk merosakkan organisasi, pihak berkepentingannya atau masyarakat umum.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Penulisan Undang-Undang
kemahiran menganalisis corak fakta dan penyampaian hujah dalam memo dan taklimat undang-undang.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan