Carian Terkini
Kod MASCO
1112-10
Bandingkan
Akauntan Negara
Akauntan Negara menasihati kerajaan tentang hal ehwal dasar pengurusan perakaunan dan kewangan negara.
Nama Alternatif
Tugasan
Menasihati kerajaan tentang hal ehwal dasar pengurusan perakaunan dan kewangan negara
menyedia dan memantapkan perkhidmatan perakaunan dan kewangan kerajaan yang komprehensif bagi mempertingkatkan akauntabiliti sektor awam
membuat pembentangan kepada jawatankuasa undang-undang dan wakil kerajaan lain mengenai perancangan dasar kewangan negara
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • 0411
    Perakaunan, Pengauditan dan Percukaian
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Kemahiran Menyelesaikan Masalah
kebolehan mengunakan kemahiran analitik untuk menilai maklumat atau situasi dan memutuskan kaedah yang paling sesuai untuk menangani masalah.
Matematik
Kemahiran menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analisis Undang-Undang
kemahiran dalam merujuk kepada kenyataan oleh mahkamah, pegawai kehakiman atau pakar undang-undang tentang kesahihan sesuatu tindakan, syarat atau niat.
Penggubalan Kontrak
kemahiran dalam penggubalan, atau penulisan bahasa yang digunakan dalam kontrak.
Pengurusan Akaun
Kemahiran menggunakan program perisian perakaunan dan mengetahui cara menyediakan dan mentafsir penyata kewangan dan laporan lain.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Penulisan Undang-Undang
kemahiran menganalisis corak fakta dan penyampaian hujah dalam memo dan taklimat undang-undang.
Tadbir Urus Data
kemahiran mengurus ketersediaan, kegunaan, integriti dan keamanan data dalam sistem berdasarkan piawaian.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan