Carian Terkini
Kod MASCO
1114-02
Bandingkan
Presiden Persekutuan Majikan-Majikan
Presiden Persekutuan Majikan-Majikan menentukan, merumus dan mengarah pelaksanaan dasar pertubuhan Persekutuan Majikan dan bertindak bagi pihak pertubuhan mereka.
Nama Alternatif
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja
Tugasan
Memutuskan pelaksanaan dasar organisasi Persatuan Majikan, menubuhkan, memantau dan bertindak bagi pihak institusi.
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pengurusan Sumber Kewangan
kemahiran dalam menentukan perbelanjaan wang bagi menyelesaikan kerja, dan memperhitungkan perbelanjaan tersebut.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analisis Undang-Undang
kemahiran dalam merujuk kepada kenyataan oleh mahkamah, pegawai kehakiman atau pakar undang-undang tentang kesahihan sesuatu tindakan, syarat atau niat.
Penggubalan Kontrak
kemahiran dalam penggubalan, atau penulisan bahasa yang digunakan dalam kontrak.
Pengurusan krisis
kemahiran menangani kejadian yang mengganggu dan tidak dijangka yang mengancam untuk merosakkan organisasi, pihak berkepentingannya atau masyarakat umum.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Penulisan Undang-Undang
kemahiran menganalisis corak fakta dan penyampaian hujah dalam memo dan taklimat undang-undang.
Tadbir Urus Data
kemahiran mengurus ketersediaan, kegunaan, integriti dan keamanan data dalam sistem berdasarkan piawaian.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan