Carian Terkini
Kod MASCO
1213-03
Bandingkan
Pengurus Perancangan Korporat
Pengurus Perancangan Korporat mengarah dan mengurus pembangunan perancangan perniagaan syarikat serta membantu dalam memantau kemajuan perancangan untuk memastikan strategi perniagaan dan strategi syarikat yang berkembang maju mengikut garis panduan dan peraturan belanjawan syarikat. Bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, menyelaras dan memberi nasihat berkaitan dasar dan perancangan strategik dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan agensi swasta atau menguruskan aktiviti-aktiviti perusahaan yang menyediakan perkhidmatan dasar dan perancangan strategik.
Nama Alternatif
Pengurus Perancangan Strategik
Pengurus Dasar dan Penyelidikan
Pengurus Perancangan Projek
Ketua Projek
Pengurus Hal Ehwal Pengaturan
Pengurus Perancangan
Tugasan
Menganalisis dan mentafsir keputusan kajian dan menyediakan laporan yang memperincikan hasilan, cadangan atau kesimpulan
Menjalankan tugas yang berkaitan
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
merekabentuk, menilai dan mengubah suai dasar untuk memastikan program yang dirancang adalah berkesan dan mematuhi keperluan undang-undang
menganalisis dan mentafsir keputusan kajian dan menyediakan laporan yang memperincikan hasilan, cadangan atau kesimpulan
membangunkan, mengarah, mentadbir dan melibatkan diri dalam penyelidikan dan penganalisaan dasar
membangunkan, melaksanakan dan memantau perancangan strategik, program, dasar, proses, sistem dan prosedur untuk mencapai matlamat, objektif dan standard kerja
  • C
    Pembuatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • FB-025-5:2012
    Pengurusan Pentadbiran
  • 0311
    Ekonomi
  • 0312
    Dasar Awam dan Sains Politik
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Mengira
bekerja dengan nombor, statistik dan pengiraan.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analisis Pasaran
kemahiran menganalisis kesan tingkah laku pelanggan terhadap strategi penjualan dan pemasaran.
Analisis Perniagaan
kemahiran mengenal pasti keperluan perniagaan dan menentukan penyelesaian untuk masalah perniagaan
Pengurusan Kesinambungan Perniagaan
kemahiran menguruskan sesuatu krisis dan mengambil bahagian dalam penyelesaian pertikaian.
Pengurusan Konflik
kecekapan dalam mengendalikan, mengawal dan membimbing situasi konflik untuk mencapai penyelesaian.
Pengurusan Strategik
kemahiran dalam membuat keputusan pengurusan dan tindakan yang menentukan prestasi syarikat.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan