Carian Terkini
Kod MASCO
1221-11
Bandingkan
Pengurus Runcit
Pengurus Runcit bertanggungjawab bagi keseluruhan aktiviti penyeliaan harian kedai runcit, pengurusan jualan, kakitangan, pasaran saham dan pengurusan sumber. Mereka merancang, mengarahkan dan menyelaraskan aktiviti perkhidmatan perniagaan syarikat atau organisasi yang berkenaan.
Nama Alternatif
Tugasan
menyediakan dan mengarah operasi harian
memantau perkhidmatan pelanggan, pengeluaran invois, pembayaran, dan kos pentadbiran
mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap
Merancang, mentadbir dan mengkaji semula khidmat pelanggan dan khidmat lepas jualan dan memelihara hubungan baik dengan pelanggan
merancang dan mengurus program jualan dan pemasaran khas berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran
Merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran perusahaan atau organisasi
menjalankan tugas yang berkaitan
mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam organisasi atau dengan agensi luar
mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan
mengarah kaedah perdagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaras kerja jurujual atau menguruskan pelantikan ejen dan pengedar
menentukan senarai harga, diskaun dan syarat penghantaran, urusan kredit, produk, kawasan jualan, peruntukan bajet untuk promosi jualan, kaedah jualan, standard perkhidmatan pelanggan, insentif khas, dan kempen khas
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • FB-018-5:2012
    Pengurusan Jualan & Pemasaran
  • FB-019-5:2012
    Pengurusan Pengiklanan & Promosi
  • FB-025-5:2012
    Pengurusan Pentadbiran
  • DT-020-5:2011
    Operasi Jualan
  • 0311
    Ekonomi
  • 0412
    Kewangan, Perbankan dan Insurans
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0415
    Pemasaran dan Pengiklanan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Persepsi Sosial
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.
Khusus
Analisis Prestasi Kempen
kemahiran menganalisis keberkesanan kempen menggunakan laporan dan statistik kempen
Analisis Strategik
kemahiran membangunkankan strategi untuk perniagaan dengan meneliti perniagaan dan persekitaran.
Analisis Trend Jualan
kemahiran dalam mengkaji sejarah hasil pendapatan untuk mengesan corak.
Kemahiran membuat ramalan
kemahiran membuat ramalan masa depan berdasarkan data masa lalu dan semasa dan kebiasaannya melibatkan analisis tren
Pengurusan Jualan
kemahiran menggunakan teknik penjualan praktikal dan pengurusan operasi jualan firma.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan