Carian Terkini
Kod MASCO
1321-12
Bandingkan
Pengurus, Pengilangan Makanan Halal
STEM
Pengurus, Pengilangan Makanan Halal bertanggungjawab merancang, menyelaras, melaksana dan menguruskan semua operasi pembuatan makanan Halal. Mereka juga merancang, mengarahkan atau menyelaraskan pembelian, pengedaran, ramalan, khidmat pelanggan, atau merancang perkhidmatan untuk perniagaan produk makanan Halal.
Nama Alternatif
Tugasan
Menguruskan pensijilan Halal termasuk pembaharuan pensijilan, aplikasi baru, pengauditan, dan latihan
Mempromosikan aktiviti berkaitan Halal termasuk kesedaran Halal dalam organisasi
Menguruskan eksekutif Halal dan mengetuai Jawatankuasa Halal Dalaman
Menguruskan tadbir urus Halal dan memastikan Integriti Halal
Memantau kepatuhan operasi harian dengan keperluan Halal
Mengawasi penerapan keselamatan kerja dan prosedur yang berkaitan
Memberi tindak balas dan bertindak secara proaktif terhadap sebarang ancaman (iaitu penyiaran media sosial) yang akan mempengaruhi atau menjejaskan reputasi syarikat
Melakukan advokasi dan hubungan baik dengan pihak berkuasa, badan perakuan luar negara, agensi kerajaan dan pemegang kepentingan lain
Menyusun strategi syarikat dalam memastikan kepatuhan Halal dan sistem Pengurusan Halal yang berkesan
Memberi taklimat kepada pengurusan atasan mengenai kemas kini / kemajuan Halal dan menasihati jalan ke hadapan
Mencadangkan belanjawan Halal tahunan kepada pengurusan atasan
Merancang Pelan Operasi Induk tahunan atau aktiviti yang berkaitan dengan pembuatan makanan Halal
  • C
    Pembuatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • MC-041-5:2012
    Jaminan Kualiti Industri
  • FB-001-5:2012
    Kepimpinan Korporat
  • FB-023-5:2012
    Pengurusan Industri
  • MC-091-5:2016
    Pembangunan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0721
    Pemprosesan Makanan
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Pengurusan Masa
kemahiran menggunakan masa dengan berkesan sebelum tarikh akhir.
Khusus
Kemahiran Pengurusan Kualiti
kemahiran memastikan organisasi, produk atau perkhidmatan adalah konsisten.
Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja
kemahiran dalam keperluan undang-undang, perakuan dan pendaftaran, pemantauan dan pengawasan, pelaporan kemalangan dan pampasan kecederaan kerja.
Pematuhan Halal
kemahiran pengurusan halal dan ilmu syariah dalam mengurus produk dan perkhidmatan halal.
Pengeluaran dan Pemprosesan
kemahiran mengurus bahan mentah, proses pengeluaran, kawalan kualiti, kos, dan proses lain untuk memaksimumkan pengeluaran.
Pengurusan krisis
kemahiran menangani kejadian yang mengganggu dan tidak dijangka yang mengancam untuk merosakkan organisasi, pihak berkepentingannya atau masyarakat umum.
Sistem Integriti Halal
kemahiran menguruskan sistem yang memastikan integriti makanan halal pada peringkat pemprosesan dan memastikan pengeluaran makanan halal dan berkualiti.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan