Carian Terkini
Kod MASCO
1323-17
Bandingkan
Penolong Pengurus Perobohan Bangunan
Penolong Pengurus Perobohan Bangunan merancang, mengarah dan menyelaras pelbagai jenis projek perobohan, termasuk merobohkan dan melupuskan semua jenis struktur kediaman, komersial dan perindustrian, jalan atau jambatan.
Nama Alternatif
Tugasan
Mengawal perbelanjaan
Merancang dan mengurus operasi harian
Menjalankan tugas yang berkaitan
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
Menyelaras dan menyelia proses perobohan dari peringkat pembangunan konseptual melalui pemusnahan akhir, memastikan projek itu dapat dilakukan tepat pada masanya dan mengikut bajet
Mengawasi perancangan, penjadualan dan pelaksanaan perobohan tersebut
merancang prosedur pembinaan mengikut masa mula dan masa siap serta keperluan kakitangan bagi setiap fasa pembinaan berdasarkan pengetahuan tentang alat dan kelengkapan serta pelbagai kaedah pembinaan yang ada.
Memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan
Memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan
Mengarah prosedur operasi dan pentadbiran
  • C
    Pembuatan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • F
    Pembinaan
  • L
    Aktiviti Hartanah
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • LE-040-5:2012
    Perundingan & Pengurusan Bangunan Hijau
  • ME-030-5:2015
    Sistem Pengurusan Bangunan & Pengurusan Tenaga
  • F421-001-5:2020
    Pengurusan Urusan Jalan
  • 0716
    Kejuruteraan Awam
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Kemahiran Penentuan Kos
Berpengetahuan dalam konsep pengurusan kos dan terminologi.
Kemahiran Pengurusan Harta
kemahiran operasi, kawalan dan pengawasan harta tanah.
Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja
kemahiran dalam keperluan undang-undang, perakuan dan pendaftaran, pemantauan dan pengawasan, pelaporan kemalangan dan pampasan kecederaan kerja.
Pengurusan Fasiliti
keupayaan untuk menjaga dan menyelenggara bangunan supaya mereka memenuhi piawaian keselamatan dan kesihatan serta keperluan undang-undang.
Pengurusan pembinaan
kemahiran merancang projek, memetakan garis masa, dan melaksanakan setiap fasa projek.
Standard Kebersihan dan Keselamatan Makanan
kemahiran dalam peraturan dan piawaian yang direka untuk melindungi pengguna daripada risiko penyakit yang disebabkan oleh makan makanan yang tidak selamat seperti Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985, GMP, HACCP dsb.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan