- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
14
Pengurus Hospitaliti, Runcit, Dan Perkhidmatan Lain
Kumpulan Kecil
142
Pengurus Perdagangan Runcit Dan Borong
Kumpulan Unit
1421
Pengurus Perdagangan Runcit Dan Borong
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1421-14
Bandingkan
Pengurus Pengeluaran dan Operasi, Perdagangan Runcit (Pasar Raya)
Pengurus Pengeluaran dan Operasi, Perdagangan Runcit (Pasar Raya) merancang, mengatur, mengarah, mengawal dan menyelaras operasi pertubuhan yang menjual barangan secara runcit atau borong.
Nama Alternatif
Tugasan
Merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti berkaitan perdagangan yang dijalankan oleh perusahaan
Merumus dan melaksanakan dasar pembelian dan pemasaran, dan menetapkan harga
Mempromosikan dan mengiklankan barangan dan perkhidmatan pertubuhan itu
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
Menjalankan tugas yang berkaitan
Menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran
Memantau penggunaan prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan
Memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan
Memastikan penggunaan sumber yang cekap dan kuota perdagangan dipenuhi
Merancang dan mengarah operasi harian
-
GPerdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
-
KAktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
-
MAktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
-
G471-001-5:2019Pengurusan Outlet Peruncitan
-
DT-010-5:2014Pengurusan Operasi Peruncitan
-
M701-001-5:2019Pengurusan Pusat Beli-Belah
-
0311Ekonomi
-
0414Pengurusan Dan Pentadbiran
-
0415Pemasaran dan Pengiklanan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Berunding
kemahiran menyatukan orang lain dan berusaha mendamaikan.
Memujuk
kemahiran memujuk orang lain untuk mengubah fikiran atau tingkah laku mereka.
Khusus
Kemahiran membuat ramalan
kemahiran membuat ramalan masa depan berdasarkan data masa lalu dan semasa dan kebiasaannya melibatkan analisis tren
Kemahiran Penentuan Kos
Berpengetahuan dalam konsep pengurusan kos dan terminologi.
Pengurusan Jualan
kemahiran menggunakan teknik penjualan praktikal dan pengurusan operasi jualan firma.
Pengurusan portfolio
kemahiran membuat keputusan mengenai polisi pelaburan, memadankan pelaburan dengan objektif, peruntukan aset untuk individu dan institusi dan menyeimbangkan risiko terhadap prestasi.
Kursus Yang Berkaitan
Kesuma
Hai, saya KESUMA, akan membantu anda dengan Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO). Bagaimana saya boleh membantu?"
Bandingkan
(/2)