Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1511-32
Bandingkan
Pengurus Pembangunan Perniagaan Teknologi Maklumat
STEM
Pengurus Pembangunan Perniagaan Teknologi Maklumat merancang, mengarah dan mengawal aktiviti perniagaan teknologi maklumat dan mengenal pasti teknologi industri dan trend perniagaan, keperluan pelanggan untuk membina peluang jangka pendek hingga panjang.
Nama Alternatif
Tugasan
menyelia pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan
mengurus, merancang, menjadualkan dan memantau tugas pekerja lain
Memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan
Mengenal pasti teknologi industri & trend perniagaan, keperluan pelanggan untuk membina peluang jangka pendek hingga panjang
Membangunkan strategi pertumbuhan yang tertumpu pada keuntungan kewangan dan kepuasan pelanggan
mengawal belanjawan dan perbelanjaan jabatan atau organisasi
Simpan rekod jualan, hasil, invois dsb
Menjalankan tugas yang berkaitan
Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam organisasi atau dengan agensi luar
Mengetuai reka bentuk penyelesaian keseluruhan berdasarkan keperluan pelanggan dan bekerjasama dengan arkitek penyelesaian dalaman / kewangan / penghantaran / pasukan undang-undang untuk bertindak balas terhadap keperluan pelanggan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • FB-018-5:2012
    Pengurusan Jualan & Pemasaran
  • Z-011
    Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • 0415
    Pemasaran dan Pengiklanan
  • 0611
    Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat
  • 0614
    Penggunaan Komputer
Kemahiran
Asas
Asas Pengkomputeran
kemahiran menggunakan komputer bagi mendapatkan semula, mengakses, menyimpan, menghasilkan, membentangkan dan bertukar maklumat.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Celik ICT
kebolehan untuk mencari, menganalisis, menilai, mengatur, membuat, menggunakan, mengurus dan menyampaikan maklumat untuk menyelesaikan masalah berkaitan ICT.
Celik Internet
kemampuan untuk mengakses, menganalisis, menilai dan membuat kandungan dalam talian.
Pembelajaran Mesin
kemahiran dalam aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang menyediakan sistem keupayaan untuk belajar secara automatik.
Penilaian Keselamatan Siber
kemahiran mengenal pasti tahap risiko keselamatan siber dan menentukan kematangan program keselamatan siber mereka.
Penilaian risiko
kemahiran menentukan risiko kuantitatif atau kualitatif yang berkaitan dengan situasi yang ditentukan dan ancaman yang telah dikenalpasti.
Pentadbiran Pangkalan Data
kemahiran dalam mengurus dan menyelenggara perisian sistem pengurusan pangkalan data (DBMS).
Reka Bentuk dan Migrasi Data
kemahiran mereka bentuk model pangkalan data dan memindahkan data dari pangkalan data sumber ke pangkalan data yang disasarkan.
Standard Kebersihan dan Keselamatan Makanan
kemahiran dalam peraturan dan piawaian yang direka untuk melindungi pengguna daripada risiko penyakit yang disebabkan oleh makan makanan yang tidak selamat seperti Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985, GMP, HACCP dsb.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan