Carian Terkini
Kod MASCO
1617
Bandingkan
Pengurus Perundangan
Pengurus Perundangan merancang, mengawal dan menyelaras operasi pertubuhan berhubung dengan istilah, prosedur, dan dokumen perundangan.
Nama Alternatif
Tugasan
menyusun strategi dengan eksekutif syarikat sebelum rundingan dengan pelanggan
merumus, menyemak semula dan merundingkan pelbagai kontrak perjanjian
membangunkan dan memahami strategi pengurangan risiko bagi risiko kontraktual
mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
merancang dan melaksanakan dasar
membangunkan garis panduan dalaman dan pengetahuan tentang pelbagai isu perundangan dan perniagaan
menjalankan tugas yang berkaitan
menyokong, menggalakkan, dan memberikan inisiatif sebagai sebahagian daripada pasukan undang- undang
mewujudkan pakar dalam bidang-bidang yang memberikan faedah kepada kumpulan undang- undang dan /atau perniagaan (misalnya, pakar undang-undang korporat, undang-undang persaingan, undang-undang guna tenaga, privasi data dan turutan perkhidmatan
menyediakan anggaran bajet
mewakili syarikat dan berhubung terus kepada pelanggan dan pasukan rundingan
mendidik eksekutif syarikat berhubung dengan isu pengurusan undang-undang dan risiko
memastikan perkembangan undang-undang yang memberi kesan kepada syarikat, pelanggan, dan industri kekal seiring serta mensintesis maklumat untuk disepadukan ke dalam amalan transaksi syarikat
merancang, menganalisis dan memberi nasihat tentang peraturan operasi perniagaan syarikat adalah memenuhi keperluan perundangan, peraturan dan hak syarikat
menguruskan undang-undang luaran, jika perlu
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan