Carian Terkini
Kod MASCO
1621-08
Bandingkan
Pengurus Kelab
Pengurus Kelab merancang, mengarah dan menyelaras operasi kelab.
Nama Alternatif
Tugasan
Menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran
Menyemak perbelanjaan operasi, anggaran belanjawan, akaun pertaruhan, atau laporan pengumpulan untuk ketepatan
Memantau penggunaan prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan
Memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan
Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam perusahaan atau dengan agensi luar
Memantau aktiviti individu bagi memastikan keselamatan atau pematuhan terhadap peraturan
Menyelesaikan aduan pelanggan mengenai masalah seperti kesilapan pembayaran
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
Menjalankan tugas yang berkaitan
Menyediakan jadual kerja dan pengaturan stesen serta menyimpan rekod kehadiran
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • C
    Pembuatan
  • I
    Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 1015
    Pengembaraan, pelancongan dan aktiviti senggang
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Persepsi Sosial
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.
Khusus
Analisis Prestasi Kempen
kemahiran menganalisis keberkesanan kempen menggunakan laporan dan statistik kempen
Kemahiran membuat ramalan
kemahiran membuat ramalan masa depan berdasarkan data masa lalu dan semasa dan kebiasaannya melibatkan analisis tren
Kemahiran Pengurusan Harta
kemahiran operasi, kawalan dan pengawasan harta tanah.
Pengurusan Belanjawan
kemahiran mengurus dan menjejaki pendapatan dan perbelanjaan.
Pengurusan Kakitangan
kecekapan dalam pengurusan orang bawahan dalam sesebuah organisasi.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan