Carian Terkini
Kod MASCO
1622-05
Bandingkan
Pengurus Pendobian, Pencucian Kering dan Penseterikaan
Pengurus Pendobian, Pencucian Kering dan Penseterikaan mengawasi operasi dobi di dobi institusi. Mereka menyelia kakitangan dobi dan cucian kering, merancang dan menguatkuasakan prosedur keselamatan, memesan bekalan dan menyelia belanjawan dobi. Pengurus dobi dan cucian kering memastikan standard kualiti dan jangkaan pelanggan dipenuhi.
Nama Alternatif
Pengurus Pengeluaran dan Operasi, Pencucian
Pengurus Dobi
Tugasan
Menyediakan anggaran bajet
mengawal perbelanjaan
Merancang dan mengawal penggunaan sumber, dan pengambilan pekerja
Berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain
Melapor kepada pemilik, jika perlu
Merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti berkaitan dengan perkhidmatan penjagaan diri, pembersihan, sanitari dan pembentungan, dan operasi yang berkaitan
memastikan sumber digunakan dengan cekap dan jadual dipatuhi
Menjalankan tugas yang berkaitan
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
merancang dan mengarah operasi harian
  • C
    Pembuatan
  • I
    Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • L
    Aktiviti Hartanah
  • HT-054-5:2016
    Pengurusan Operasi Loji Dobi Penjagaan Kesihatan
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 1011
    Perkhidmatan Domestik
Kemahiran
Asas
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Pengurusan Masa
kemahiran menggunakan masa dengan berkesan sebelum tarikh akhir.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Khusus
Analisis Prestasi Kempen
kemahiran menganalisis keberkesanan kempen menggunakan laporan dan statistik kempen
Kemahiran membuat ramalan
kemahiran membuat ramalan masa depan berdasarkan data masa lalu dan semasa dan kebiasaannya melibatkan analisis tren
Kemahiran Pengurusan Harta
kemahiran operasi, kawalan dan pengawasan harta tanah.
Pengurusan Belanjawan
kemahiran mengurus dan menjejaki pendapatan dan perbelanjaan.
Pengurusan Kakitangan
kecekapan dalam pengurusan orang bawahan dalam sesebuah organisasi.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan