- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains Dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
211
Ahli Fizik, Kimia Dan Profesional Berkaitan
Kumpulan Unit
2112
Ahli Meteorologi Dan Ahli Seismologi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2112-01
Bandingkan
Pegawai Meteorologi Gred C41
STEM
Pegawai Meteorologi Gred C41 bertanggungjawab mengeluarkan ramalan cuaca, mengeluarkan amaran cuaca, memantau dan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan tsunami agar kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa dapat dikurangkan, menganalisis perubahan keadaan cuaca secara profesional dan mengenal pasti impak serta langkah-Iangkah mengurangkan impak, menganalisis carta-carta kaji cuaca dan menjalankan penyelidikan ke atas fenomena cuaca untuk mengurangkan impak cuaca buruk. Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat yang berkualiti dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan harapan stakeholders untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi rakyat dan negara.
Nama Alternatif
Tugasan
Menyediakan Terminal Aerodrome Forecast (TAFOR) untuk operasi penerbangan.
Menganalisis carta kaji cuaca, menyediakan laporan ringkas keadaan sinoptik dan memberi taklimat cuaca.
Mengeluarkan semua ramalan cuaca yang dijadualkan dalam masa yang tepat dan mengeluarkan ramalan cuaca khas seperti yang diminta oleh pengguna termasuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan media massa.
Memantau perubahan cuaca dari gambar satelit, gema radar dan laporan cuaca setiap jam dari stesen-stesen seluruh negara dan mengeluarkan nasihat atau amaran cuaca buruk jika diperlukan.
Memberi taklimat cuaca kepada Jawatankuasa Bencana Daerah apabila diperlukan.
-
MAktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
-
JMaklumat Dan Komunikasi
-
SAktiviti Perkhidmatan Lain
-
0532Sains Kaji Bumi
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analisis Instrumen
kemahiran dalam bidang kimia analitik yang menyiasat analit menggunakan instrumen saintifik.
Analisis punca masalah
kemahiran dalam menggunakan kaedah penyelesaian masalah untuk mengenal pasti punca kerosakan atau masalah.
Analisis statistik
kemahiran dalam pengumpulan, pemeriksaan, ringkasan, manipulasi, dan interpretasi data kuantitatif.
Pengujian
Melakukan ujian untuk memastikan produk berfungsi dengan sempurna mengikut piawaian.
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Saintifik
Berkemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen.
Kursus Yang Berkaitan
Kesuma
Hai, saya KESUMA, akan membantu anda dengan Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO). Bagaimana saya boleh membantu?"
Bandingkan
(/2)