Carian Terkini
Kod MASCO
2114
Bandingkan
Ahli Geologi Dan Geofizik
TVET
Ahli Geologi dan Geofizik menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi, atau menggunakan pengetahuan saintifik dalam bidang geologi dan geofizik seperti minyak, gas dan penggunaan mineral, pemuliharaan air, kejuruteraan awam, telekomunikasi dan pelayaran, serta membuat penilaian terhadap projek pembangunan dan kesan pembuangan sisa ke atas persekitaran.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
bertanggungjawab ke atas pengurusan pentadbiran dan penguatkuasaan ke atas lombong-lombong
menyiasat dan mengukur daya seismos, graviti, elektrik, termal dan magnetik yang menjejaskan bumi
menggunakan pengetahuan geologi bagi menyelesaikan masalah yang timbul dalam projek kejuruteraan awam seperti pembinaan empangan, jambatan, terowong dan bangunan besar
menggunakan hasil penyelidikan untuk menilai potensi perkembangan mendapan mineral, gas dan minyak serta sumber air bawah tanah
mentafsir data penyelidikan dan menyediakan laporan peta, carta dan gambar rajah geologi
mengkaji komposisi dan struktur kerak bumi, memeriksa batuan, mineral, tinggalan fosil dan sebagainya untuk menentukan proses yang menjejaskan perkembangan bumi, mengesan evolusi, dan memastikan sifat dan kronologi pembentukan geologi
menyiasat dan mengukur fenomena optik dan akustik dalam atmosfera
mengkaji dan mengukur sifat fizik laut dan atmosfera serta saling perkaitannya seperti pertukaran tenaga terma
menyediakan laporan makmal dan dokumen saintifik
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menyediakan carta medan magnet bumi dan menggunakannya dan data lain yang dikumpulkan untuk tujuan penyiaran dan pandu arah
dan melaksanakan tugas yang berkaitan.
mengesan dan menentukan sifat dan tahap mendapan minyak, gas dan mineral serta sumber air bawah tanah menggunakan kaedah seismologi, gravimetrik, magnetik, elektrik atau radiometrik
mengendalikan penyelidikan dan analisis logam, punca logam, tanah liat, batuan dan galian serta unsur-unsur utama berkaitan dengannya serta mengendalikan kawalan kualiti untuk semua industri- industri rekaan bahan-bahan batuan dan galian di samping melatih pembantu-pembantu makmal
menjalankan penyelidikan dan penyiasatan kaji bumi, pemetaan dan kajian kejuruteraan kaji bumi dan punca air serta memberikan perkhidmatan perundingan mengenai penggunaan dan kemajuan tanah
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan