Carian Terkini
Kod MASCO
2121-07
Bandingkan
Perangkawan Tinjauan
STEM
Perangkawan Tinjauan bertanggungjawab untuk mengumpul dan menyemak data tinjauan, membuat laporan berdasarkan data dan membentangkan laporan ini kepada pelanggan atau pengurusan atasan.
Nama Alternatif
Perangkawan, Perangkaan Gunaan
Perunding Analitikal
Ahli Geomatik
Tugasan
Merancang kaedah pengumpulan data untuk projek tertentu dan tentukan jenis dan saiz kumpulan sampel yang akan digunakan
Menyediakan dan menstruktur gudang data untuk menyimpan data.
Mereka bentuk projek penyelidikan yang menggunakan teknik saintifik yang sah dan menggunakan maklumat yang diperoleh daripada garis dasar atau data sejarah untuk menstruktur analisis tanpa kompromi dan cekap
Membangunkan teknik atau model statistik yang mentafsir data dengan cara yang jelas dan tepat
Menentukan sama ada kaedah statistik sesuai, berdasarkan keperluan pengguna atau soalan penyelidikan yang diminati
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • C
    Pembuatan
  • D
    Bekalan Elektrik, Gas, Wap Dan Pendingin Udara
  • 0311
    Ekonomi
  • 0541
    Matematik
  • 0542
    Statistik
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Matematik
Kemahiran menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Pembelajaran Aktif
Kemahiran mengaplikasikan pengetahuan baharu.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis Data
kemahiran memeriksa, membersihkan, mengubah dan memodelkan data untuk mendapatkan maklumat yang berguna, membuat kesimpulan dan menyokong pembuatan keputusan.
Analitik
kebolehan untuk meleraikan maklumat ke kategori yang lebih kecil untuk membuat kesimpulan.
Kemasukan Data
kemahiran memasukkan maklumat ke dalam komputer atau sistem rakaman data yang menggunakan alat elektronik atau mekanikal.
Pemvisualan Data
kemahiran dalam memaparkan data atau maklumat dalam bentuk grafik, carta, atau format visual lain.
Perlombongan Data
kemahiran dalam mendapatkan corak dalam set data besar yang melibatkan kaedah di antara pembelajaran mesin dan statistik.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan