Carian Terkini
Kod MASCO
2131
Bandingkan
Profesional Biologi, Botani, Zoologi Dan Profesional Berkaitan
TVET
Profesional Biologi, Botani, Zoologi dan Profesional Berkaitan menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi, serta mengkaji organisma hidup dan interaksinya antara satu sama lain dan dengan alam sekitar, dan menggunakan pengetahuan ini untuk menyelesaikan masalah kesihatan manusia dan alam sekitar. Mereka bekerja dalam pelbagai bidang seperti botani, zoologi, ekologi, biologi marin, genetik, imunologi, farmakologi, toksikologi, fisiologi, bakteriologi dan virologi.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi dalam bidang yang berkaitan
menjalankan uji kaji lapangan dan makmal berhubung dengan semua bentuk hidupan dengan mengenal pasti dan mengelaskan manusia, haiwan, serangga atau spesimen tumbuhan, dan mengkaji asal-usulnya, perkembangannya, bentuk kimia dan fiziknya, strukturnya, komposisinya serta kehidupan dan proses pembiakannya
mengkaji dan menjalankan uji kaji berhubung dengan struktur, pembangunan dan ciri mikroorganisma seperti bakteria atau virus
dan melaksanakan tugas yang berkaitan.
meningkatkan kefahaman, menyelaras dan melatih juruteknik makmal
bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan undang-undang serta membuat kawalan, penyelidikan dan penyusunan hidupan liar
membangunkan aplikasi industri, perubatan, dan lain-lain aplikasi pengetahuan dalam bidang yang berkaitan
menyediakan laporan makmal dan kertas kerja saintifik
mengkaji saling hubungan hidupan haiwan dan tumbuhan dengan faktor alam sekitar yang terlibat dan memberi nasihat profesional dengan disiplin yang berkaitan
mengkaji dan menjalankan uji kaji berhubung dengan struktur dan fungsi sel hidup dan pengaruh faktor fizik dan kimia ke atas sel normal dan abnormal
mengkaji semua bentuk hidupan tumbuhan/ haiwan dan membangunkan aplikasi praktikal dalam bidang seperti pertanian dan perubatan
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan