Carian Terkini
Kod MASCO
2173
Bandingkan
Juruterbang Pesawat Udara Dan Profesional Yang Berkaitan
TVET
Juruterbang Pesawat Udara dan Profesional yang Berkaitan mengawal operasi kelengkapan mekanikal, elektrik dan elektronik untuk memandu arah pesawat udara atau belon udara serta melaksanakan tugasan pra penerbangan dan dalam penerbangan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
memberi arahan dalam penerbangan, menyelia penerbangan solo, menemani penuntut dalam latihan penerbangan dan menunjukkan teknik untuk mengawal pesawat udara
mengaplikasikan prinsip pengetahuan dan amalan penerbangan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam kerja mereka
menjalankan tugas-tugas pemeriksaan pesawat terbang
memandu kapal terbang awam atau swasta, merancang, menyelia, menguji, mengubahsuai carta- carta penerbangan, mengambil foto dari udara dan mengendalikan peperiksaan juruterbang
mengeluarkan lesen juruterbang, mengumpul maklumat penyelidik kerosakan dan kemalangan pesawat serta data-data teknikal semua pesawat terbang
memandu belon udara panas, bertanggungjawab untuk membuat keputusan berkaitan penerbangan, keselamatan semua penumpang, kru dan peralatan, penyimpanan rekod penerbangan dan menyelenggara peralatan
memeriksa dan meluluskan pertubuhan syarikat penerbangan, mengeluarkan sijil kelulusan untuk pesawat udara, menjalankan penyelidikan ke atas kerosakan pesawat-pesawat penerbangan awam dan mengambil bahagian di dalam penyiasatan kemalangan pesawat udara dan menyediakan laporannya
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menjalankan tugas yang berkaitan
mendapatkan taklimat dan pelepasan sebelum penerbangan dan berhubung dengan pusat kawalan trafik udara atau kawalan penerbangan semasa penerbangan
menandatangani sijil yang perlu dan menyimpan rekod rasmi penerbangan
memeriksa rekod penyelenggaraan dan menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pesawat udara dalam keadaan baik dari segi mekanikal, penyelenggaraan telah dilaksanakan, dan semua kelengkapan dapat beroperasi
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan