- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
226
Profesional Kesihatan Lain
Kumpulan Unit
2261
Doktor Pergigian
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2261-02
Bandingkan
Doktor Pergigian
STEM
Doktor Pergigian mendiagnos, merawat dan mencegah penyakit, kecederaan dan keabnormalan gigi, mulut, rahang dan tisu yang berkaitan dengan menggunakan prinsip dan prosedur pergigian moden. Mereka menggunakan pelbagai diagnostik khusus, pembedahan dan lain-lain teknik untuk meningkatkan dan mengembalikan kesihatan mulut.
Nama Alternatif
Doktor Pergigian Pedodontik
Doktor Pergigian Ortodontik
Pakar Pedodontik
Doktor Pergigian Prostodontik
Pakar Ortodontik
Doktor Pergigian Periodontik
Pakar Prostodontik
Pakar Bedah Mulut, Pergigian
Stomatologist
Pengamal Pergigian
Pakar Periodontik
Pakar Endodontik
Pakar Bedah Pergigian
Doktor Pergigian Pembedahan Mulut
Tugasan
memeriksa gigi, gusi, rahang dan tisu mulut lain menggunakan kelengkapan pergigian dan x-ray
memberi rawatan pergigian
Menjalankan tugas yang berkaitan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
mendiagnos, memberi nasihat, dan rawatan pergigian yang perlu
membersih dan menampal lubang dan mencabut gigi yang rosak atau cacat bentuk
Mengawasi pameran kesihatan pergigian dan memberi panduan kepada kakitangan
-
QAktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
-
0911Pengajian Pergigian
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Kanal Akar
kemahiran dalam prosedur pergigian yang melibatkan pembuangan pulpa.
Pembedahan Mulut
kemahiran dalam prosedur pembedahan yang dilakukan di dalam atau di sekitar kawasan mulut dan rahang.
Penjagaan pesakit
kemahiran dalam perkhidmatan yang diberikan oleh anggota kesihatan dan bukan profesional di bawah penyeliaan mereka untuk rawatan pesakit.
Rawatan Ortodontik
kemahiran dalam meluruskan atau menggerakkan gigi, untuk meningkatkan penampilan gigi dan bagaimana ia berfungsi.
Kursus Yang Berkaitan
Kesuma
Hai, saya KESUMA, akan membantu anda dengan Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO). Bagaimana saya boleh membantu?"
Bandingkan
(/2)