Carian Terkini
Kod MASCO
2412-07
Bandingkan
Eksekutif Pegawai Bank
Eksekutif Pegawai Bank menentukan dan menggubal dasar dan menyediakan hala tuju keseluruhan syarikat dalam garis panduan yang ditetapkan oleh lembaga pengarah atau badan pentadbir yang serupa. Merancang, mengarah atau menyelaraskan aktiviti operasi di peringkat pengurusan tertinggi dengan bantuan eksekutif bawahan dan pengurus kakitangan.
Nama Alternatif
Tugasan
membuat ukur periksa, menyelidik dan menganalisis butir-butir mengenai hartanah bagi tujuan menyediakan laporan penilaian
memantau prestasi pelaburan dan menyemak semula rancangan pelaburan berdasarkan keperluan yang boleh terubah suai dan perubahan dalam pasaran
menemu duga pelanggan untuk menentukan status dan objektif kewangan, risiko yang boleh terubah suai, dan maklumat lain yang diperlukan untuk perancangan strategi kewangan dan pelaburan
menganalisis profil kewangan syarikat untuk tujuan membuat cadangan pelaburan
membangunkan dan menyelenggara pangkalan data pelanggan
mengatur pembelian dan penjualan saham dan bon untuk pelanggan
mengawasi dan menyelaraskan aktiviti perbendaharaan seperti pertukaran mata-wang asing, pasaran wang, dan transaksi bon
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • FB-016-5:2013
    Perancangan Kewangan
  • 0411
    Perakaunan, Pengauditan dan Percukaian
  • 0412
    Kewangan, Perbankan dan Insurans
  • 0413
    Perbankan Dan Kewangan Islam
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analisis Perniagaan
kemahiran mengenal pasti keperluan perniagaan dan menentukan penyelesaian untuk masalah perniagaan
Kemahiran membuat ramalan
kemahiran membuat ramalan masa depan berdasarkan data masa lalu dan semasa dan kebiasaannya melibatkan analisis tren
Pengurusan Harta
keupayaan menasihati berkaitan perancangan kewangan, pengurusan portfolio pelaburan dan sejumlah perkhidmatan kewangan.
Pengurusan kewangan
kemahiran dalam merancang, menganjur, mengarahkan dan mengawal aktiviti kewangan.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan