Carian Terkini
Kod MASCO
2521-21
Bandingkan
Pembangun Pangkalan Data SQL
Pembangun Pangkalan Data SQL melaksana dan menyelaraskan perubahan kepada pangkalan data komputer berdasarkan kepakaran mereka dalam sistem pengurusan pangkalan data.
Nama Alternatif
Jurutera Pangkalan Data SQL (Bahasa Pertanyaan Berstruktur)
Pakar Pangkalan Data SQL (Bahasa Pertanyaan Berstruktur)
Pembangun Pangkalan Data Structured Query Language (SQL)
Tugasan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Menjalankan tugas yang berkaitan
membangunkan dan melaksanakan dasar, dokumentasi, standard dan model pentadbiran data
mereka bentuk, membina, mengubahsuai, menyepadu, melaksana dan menguji sistem pengurusan pangkalan data
mereka bentuk dan membangunkan seni bina dan struktur pangkalan data projek sistem maklumat
menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat tentang pemilihan, aplikasi, dan pelaksanaan alat pengurusan pangkalan data
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • IT-121-5:2011
    Pengaturcaraan Database
  • 0611
    Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat
  • 0612
    Kejuruteraan Perisian
  • 0613
    Sains Komputer
  • 0614
    Penggunaan Komputer
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analitik
kebolehan untuk meleraikan maklumat ke kategori yang lebih kecil untuk membuat kesimpulan.
Migrasi Data
kemahiran memindahkan data antara jenis storan komputer atau format fail.
MySQL
kemahiran menggunakan sistem pengurusan pangkalan data (RDBMS).
Oracle
kemahiran menggunakan sistem pengurusan pangkalan data yang dihasilkan dan dipasarkan oleh Oracle Corporation.
Pengkomputeran Awan
kemahiran menyimpan dan mencapai data serta program melalui internet.
Pengurusan Pangkalan Data
kemahiran untuk memanipulasi dan mengawal data untuk memenuhi syarat-syarat yang diperlukan sepanjang kitaran hayat data
Pentadbiran Pangkalan Data
kemahiran dalam mengurus dan menyelenggara perisian sistem pengurusan pangkalan data (DBMS).
Pergudangan Data
kemahiran penyimpanan maklumat elektronik yang selamat
Perlindungan Pengurusan Data
kemahiran pengurusan dan pemantauan perkhidmatan sandaran serta perlindungan data rangkaian komputer atau persekitaran IT.
Rekabentuk Pangkalan Data
kemahiran menghasilkan model data pangkalan data yang terperinci.
SQL
kemahiran dalam bahasa khusus domain yang digunakan dalam pengaturcaraan.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan