- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
252
Profesional Pangkalan Data Dan Rangkaian
Kumpulan Unit
2523
Profesional Rangkaian Komputer
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2523
Bandingkan
Profesional Rangkaian Komputer
TVET
Profesional Rangkaian Komputer menyelidik, menganalisis dan mencadangkan strategi dalam seni bina rangkaian dan pembangunan rangkaian. Mereka melaksanakan, mengurus, menyelenggara, dan melakukan konfigurasi perkakasan rangkaian dan perisian, dan memantau, menyelesaikan masalah, dan mengoptimumkan prestasi.
Nama Alternatif
Tugasan
menyelidik, menganalisis, menilai dan memantau infrastruktur rangkaian untuk memastikan
rangkaian dikonfigurasi untuk beroperasi pada prestasi optimum
menganalisis, membangun, mentafsir dan menilai reka bentuk sistem yang kompleks dan spesifikasi seni bina, model data dan rajah dalam konfigurasi pembangunan dan integrasi sistem komputer
menyediakan kemahiran pakar dalam menyokong dan menyelesaikan masalah rangkaian dan
kecemasan
memasang, mengkonfigurasi, menguji, menyenggara dan mentadbir rangkaian baru dan yang dinaik taraf, aplikasi pangkalan data perisian, pelayan (server) dan stesen kerja
menjalankan tugas yang berkaitan
menilai dan mencadangkan penambahbaikan kepada operasi rangkaian dan perkakasan, perisian,
komunikasi dan sistem operasi bersepadu
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menyediakan pengaturcaraan rangkaian dalam menyokong keperluan perniagaan dan keperluan
khusus
menyediakan dan mengekalkan prosedur dan dokumentasi untuk inventori rangkaian, dan merakam diagnosis dan resolusi kerosakan rangkaian, peningkatan dan pengubahsuaian kepada rangkaian, dan arahan penyelenggaraan
Kursus Yang Berkaitan
Kesuma
Hai, saya KESUMA, akan membantu anda dengan Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO). Bagaimana saya boleh membantu?"
Bandingkan
(/2)