Carian Terkini
Kod MASCO
2612-01
Bandingkan
Hakim
Hakim mengetuai prosiding jenayah dan sivil di mahkamah undang-undang. Mereka boleh mendengar semua rayuan kes sivil yang diputuskan oleh mahkamah rayuan jika mahkamah persekutuan memberikan kebenaran untuk berbuat demikian.
Nama Alternatif
Hakim Mahkamah Persekutuan
Hakim Mahkamah Anak Negeri
Hakim Mahkamah Sesyen
Majistret
Tugasan
mengarah juri mengenai butiran undang-undang yang terpakai kepada kes tersebut
menyelidik sesuatu isu perundangan dan membuat laporan mengenai isu tersebut
mentafsir dan menguatkuasakan prosedur peraturan dan membuat ketetapan mengenai kebolehterimaan keterangan
mendengar serta menimbangtara hujah dan keterangan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menentukan hak dan obligasi pihak yang terbabit
Menjalankan tugas yang berkaitan
mengumumkan penghakiman
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • 0421
    Undang-Undang
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis Kontrak
kebolehan memeriksa dan mengesan maklumat dalam kontrak.
Analisis Undang-Undang
kemahiran dalam merujuk kepada kenyataan oleh mahkamah, pegawai kehakiman atau pakar undang-undang tentang kesahihan sesuatu tindakan, syarat atau niat.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan