Carian Terkini
Kod MASCO
2711-07
Bandingkan
Eksekutif Pengemasan
Eksekutif Pengemasan bertanggungjawab menyelia dan menyelaras tugas harian aktiviti pembersihan dan pengemasan pertubuhan hospitaliti.
Nama Alternatif
Eksekutif Jurukemas
Tugasan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Menjalankan tugas yang berkaitan
Menugaskan tugas pengemasan kepada kakitangan dan memeriksa kerja untuk memastikan piawaian kebersihan yang ditetapkan dipenuhi
Memberi latihan kepada kakitangan pengemasan
Menjadualkan syif kakitangan dan mengatur penggantian mengikut keperluan
Menyiasat dan menangani aduan mengenai perkhidmatan pengemasan yang lemah
  • I
    Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • HT-050-5:2011
    Pengurusan Pengemasan
  • 1013
    Hotel, Restoran dan Katering
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Persepsi Sosial
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.
Khusus
Kemahiran Pengemasan
kemahiran dalam kebersihan, penyelenggaraan, pemeliharaan estetik bilik, kawasan awam, kawasan belakang dan persekitaran.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Pengurusan Pesanan
kemahiran dalam mentadbir proses perniagaan yang berkaitan dengan pesanan untuk barangan atau perkhidmatan.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan