Carian Terkini
Kod MASCO
2811-03
Bandingkan
Juruarkib
Juruarkib menilai, mengumpul, menyusun, memelihara dan menyediakan akses kepada rekod dan arkib. Rekod yang disimpan adalah dalam sebarang format, analog atau digital dan termasuk beberapa jenis media (dokumen, gambar, rakaman video dan bunyi, dsb.).
Nama Alternatif
Kurator
Kurator Muzium
Kurator Galeri Seni
Tugasan
merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna, kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan
menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran
menyelidik, menilai, membangunkan, mengurus dan memelihara dokumen bernilai yang penuh bersejarah dan berharga
mengesan institusi-institusi/ orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut
Menjalankan tugas yang berkaitan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
mengarahkan atau menjalankan kerja penyediaan indeks, bibliografi, salinan mikrofilem, dan bantuan rujukan yang lain bagi bahan yang telah dikumpulkan serta menjadikannya mudah didapati oleh pengguna
  • C
    Pembuatan
  • F
    Pembinaan
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • 0322
    Pengajian Arkib, Maklumat dan Perpustakaan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Kemasukan Data
kemahiran memasukkan maklumat ke dalam komputer atau sistem rakaman data yang menggunakan alat elektronik atau mekanikal.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan